Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

Being pretty

Assalamualaikum

Bukan mudah nak jadi orang cantik. Lagi lagi perempuan. Banyak sangat kena jaga sampaikan nak cakap dengan orang sekeliling pun kena jaga. But that's Islam teach us right? Jadi perempuan yang sabar, yang tak mudah mengalah, tutup aurat, pergaulan terbatas. Semua benda kena amik kira. Aku okay. Aku boleh terima. Even aku tak sesempurna untuk buat semua yang ditegah, tapi aku masih mencuba. Bukan kena tunggu masa untuk buat semua tu, tapi mungkin orang sekeliling banyak ajar aku baik buruk sesuatu. Aku taknak nanti diri aku yang tak istiqomah untuk buat something. Buat kena ada niat, dan niat kena ikhlas. Kan? Aku tengah cuba. Pelan pelan kayuh tak salah kan?

Kadang aku sendiri keliru nak cari personaliti diri aku. Semua yang aku buat, tak semua orang boleh terima. Bukan tak semua, like obviously semua tak terima. Aku banyak kurang sangat ke? Atau dorang yang terlalu hakimi aku? Entah. Susah. Penat nak fikir. Sikit sikit nanti aku berubah. Boleh berubah. Kalau orang kata aku dah cukup sempurna untuk jadi diri aku sendiri, kenapa aku rasa ada rasa sangsi dengan diri aku sendiri? Iyaa, aku tak banyak kawan, susah untuk bergaul dan hidup aku lebih masanya kat rumah je. So how I want to be myself kalau duduk kat rumah je?

Gemuk tu dah sinonim kat diri aku ni. Aku takpernah ada confident kalau ada orang yang cuba banding-bandingkan diri aku dengan yang lain. Yes I'm not perfect. Perlu ke kena ada perbandingan? Masing masing ada kelebihan and kekurangan so why people keep judging others? Saja nak buat orang besar macam aku ni rasa down ke? Ohhhh God!

Makin lama makin banyak manusia yang cuba untuk jatuhkan orang lain. Kadang bukan sebab dengki, tapi dalam niat "saja-saja"

Lot of love,
peparipeliks

No comments:

Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.