Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

Hati Perempuan

Assalamualaikum,

Bila kau rasa kau nak luah sesuatu tapi tak terkeluar dari mulut, kau rasa apa?

Bila kau rasa kau nak menangis sepuasnya tapi airmata tertahan kat celah celah kelopak mata dan tak terkeluar, kau rasa apa?

Bila kau rasa sebak, rasa buntu, rasa kosong sebab kau rasa takada siapa lagi nak dengar apa kau nak luah, kau rasa apa?

Jiwa kau kalut, hati kau luluh, fikiran kau melayang sampaikan murung sampai ke sudah, kau rasa apa?

Kau lagi nak redha ke? Kau lagi nak biar semua benda jadi sebab dah takdir kau macamtu? Kenapa takde usaha? Kenapa kau cepat mengalah? Kenapa sikit pun kau tak risau pasal apa yang akan jadi nanti? Sebab kau dah pasrah dengan hidup ke? Sebab kau dah takde hati nak teruskan something yang dulu kau rasa itu yang terbaik ke?

Banyak sangat persoalan, banyak. Tapi takada jawapan untuk setiap satu pun. Cuma kau yang tahu jawapannya.

Kalau kau rasa itu terbaik, teruskan. Kalau tidak,  lepas sesuatu itu dengan rela agar dia boleh terus bertenang untuk terus hidup.

xoxo,
peparipeliks

Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.