Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

First Impression

Assalamualaikum


Aku eksaited gilaa bila dah jejak masuk uitm& jadi mahasiswi kat sana. Masa mula-mula nak buat keputusan dulu kemain susah. Family pakcik makcik semua cakap there's no transport at all and susah nak  kulur kilir beli barang sebab kedai jauh. Hati aku, kepala aku semualah rasa macam nak give up pun ada kekonon dah duduk bandar ni nak semua benda senang lah padahal sama je cuma pemalas ke idak je. Bila masuk je tol Chenor, kepala aku dah fikir bebukan "ya Allah pehal kiri kanan kelapa sawit belambak?""ya Allah ni ke bandar dia?"" aku nak gerak memana macam mana ni?" Dan sejujurnya memang aku pemalas nak bergerak pergi memana kalau kena berjalan. Ya! Masa MDS pun macam dah redha sangat kena torcher dengan OC kat sana.

" Tapi alahhhhh seminggu jelahhh bukan lama sangat T_____T" -Chelaa


Then aku try adapt semua yang aku belajar masa MDS tu bila dah start masuk kelas and all of that. Bila jalan laju je mesti ada orang tegur lelaju nak pi mana. Balik rumah bila keluar dengan family kena tegur jugak sebab aku jalan kedepan dulu yang lain semua melenggang. Dengan girlfriends, dengan boyfriend, semua membebel cakap jalan non-stop takde nak rehat nak lepak minum nak jalan lenggang. 


Dulu, bila jalan perlahan, cepat penat, asyik mintak benti sebab nak beli air kat sevenE kena membebel gakk sebab banyak songeh, asik merungut penat, asik kena bahan penat jalan sebab gemuklah apelah. Bila dah cengini dorang cakap aku laju sangat pulakk. Haishh this is not fair okayyyy! -.-' 


Dan baru almost sebulan aku dekat sini, aku rasa best gilaaa woi!


Like seriously memang aku enjoy gila bila ada kat sana. Environment dia waktu pagi, waktu hujan, pandang kiri kanan semua hijau, banyak pokok and bila malam that place is really cold. Tak pernah panas waktu malam sebab keliling macam hutan. Aku memang suka gilaa dengan tempat macamni, jauh dari bandar yang penuh batu konkrit. Tapi kadang nak gak shopping kat KL ni kan. Shopping sangat padahal lagi suka lepakk minum dengan bebudak sekolah dulu. Hambar sangat hidup aku sebenarnya T____T


What I want to say here, bukan semua benda teruk. Kadang yang buruk tu baik untuk kau. 

xoxo,
peparipeliks

No comments:

Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.