Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

What's Yours?

Assalamualaikum


Again, lama sangat aku tak berblog memandangkan baru beberapa bulan aku kerja. Makin malas nak update sebab tiap hari benda yang sama diulang. Bukan kosong sangat cuma terasa tak perlu nak jaja cerita terlalu banyak pasal kisah hidup sendiri. 

Bila ramai sangat asik asik cerita pasal make up. So girls memang kena lekat je dengan all of those things kan? Walaupun kau kata kau tak pakai apapun at least mesti kau pakai compact powder bila nak pergi kedai, mesti ada selet lip balm bila nak hangout dengan member kan? Biasalah tu takkan nak biar muka serabai. Kadang kau pakai bedak pun orang kata dah lawa sebab muka kau memang sesuai pucat lesi cenggitu. 

Before this aku rasa sangat- sangat geli dan tak suka langsung pakai makeup even dah kena marah dengan mak sebab biar muka serabai. Then, years by years aku jadi down gila and start from beginning. Mula cari outfit yang sesuai masa umur form 1 cenggitu. Masa tu aku tak tahu apa aku pakai sebab idola aku dulu yuna. Yuna dulu kan suka pakai baju berlapis-lapis so aku ikutkan ajelah. That's it bila ramai dah tegur yang aku over pula bila makeover diri sendiri. Jadi macam culture shock pun ada. Malu. Tapi bellajar dari pengalaman kan? Aku layan tak layan sajalahh. So here the thinggy that I've used when I feel pretty:

1. Set Jerawat D'nars 

Yeps! Sebelum ni aku pakai produk Natasya Gold mak aku punya. Sebab kononnya tak mampu nak beli produk muka sendiri. So kongsi jalan terbaik untuk jimat kan? Muehehehe (gelak syeton) Lagipun muka aku cepat naik jerawat dan aku rasa Natasya Gold memang elok. Lepas beberapa tahun, muka aku jadi merah macam kena bakar dan mengelupas teruk. Kakak aku yang suruh tukar ke Dnars memandangkan kawan dia ramai pakai jenama ni dan nampak gebu serta plawless sangat! Sekarang aku baru pakai 3minggu dan memang berkesan. Muka dah tak merah dan jerawat berkurangan (even ada juga mungkin disebabkan hormon) So I enjoy this product and totally recommended to all girls yang ada masalah kulit seperti jerawat. Harga memang tak mahal dan memang mampu miliklahh :D

2. Maybelline Dream Liquid Mousse

Untuk tutup kesan jerawat yang datang tak tentu masa tu aku guna jenama Maybelline untuk tutup semua cela. Sebenarnya aku tak ada masalah nak pakai apa tapi kena jenama Maybelline dan kandungannya kurang minyak. Sebab muka aku cepat berminyak terutama di zon-T kat muka. Minyak yang berlebihan sangat sangat tak cantik dan buat aku jadi down eventhough ramai yang cakap "muka orang berminyak ni lambat berkedut sebab muka nampak basah" lewls! Aku tak faham sangat dengan ayat tu -.-'

3. Compact Powder SilkyGirl (02)

Then tepek bedak compact yang sesuai dengan warna kulit korang. Macam aku memang neutral jadi kena pakai 02 tak nampak putih sangat tak nampak gelap sangat. Kira halal jelahh dengan bedak ni. Lepas aku pakai bb cream, then tepek bedak tabur pun aku tak kisah asalkan ada bedak kat muka untuk elakkan muka nampak berminyak. Come on! Siapa yang suka muka nampak berminyak cuba bagitahu aku sekarang? Hehe~

4. Sivanna Colors Blusher (07) 

Minat gila dengan jenama Sivanna Colors even orang tak kenal pun dengan benda ni. First time guna when I sebuk punggah Mak punya barang make up dalam beg and I try on it. Nampak fresh and blinkz! Plus, masa aku start kerja pun ramai yang tanya pakai blusher jenama apa. Seriously best sebab tak perlu pakai eyeliner dah untuk nampak kau "hidup" bagi yang suka nude colors. Pakai blusher ni and lip balm sikit then here you are neutral sangat kau lukis muka kau tu ;) 

5. Eyeliner

Untuk eyeliner aku tak spesifikkan jenama sebab aku tak kisah dengan jenama bagi produk ni. Beli yang kat bazaar jual rm10 pun aku rasa okay even orang kata tak selamat. Kalau sekali rasa pedih, aku buang @ bagi orang lain. No need to make it as a big issue kot! Lagipun aku jarang sangat pakai eyeliner sebab aku suka gosok mata. Bila dah pakai rasa macam nak lekat kat dahi sticky note "Jangan gosok mata!" Hmmm :(

6. SilkyGirl Lip Ice

Actually aku tak tahu beza lip ice dengan lip balm. Sama ke lain ekk? Tapi selalunya aku refer lip ice then put the lipstik on. Tak kisah lah ada perasa mint ke strawberry ke apa. Masa puasa aku tak pakai sebab takut jadi makruh rasa bebuah gitu -______-"

7. Lipstik MAC (06) (12)

Paling eksaited bila cakap pasal lipstik. Aku penggemar warna nude jadi memang lipstik MAC 07 bagi aku semangat nak buat kerja @ hangout dengan orang. I also hav MAC 12 merah jambu yang so striking tapi aku just letak sikit jelah. Campurkan dengan warna nude tu so jadi macam bibir korea. So excited bebeh :D

So there is it! Barang keperluan bagi muka aku. Korang punya apa pula? ;)

xoxo,
peparipeliks

1 comment:

Anis Ifham said...

banyak jugak tu. kita punya sikit je. tak banyak. cukup lah sekadar nak serikan muka. hiks.

Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.