Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

Reality

Luahan hati:

Assalamualaikum,

Aku disini bukan untuk berceloteh pasal perkara tak penting. Cuma, aku mau luah semua yang aku rasa. Kesemuanya. Mungkin ada yang sudah mengenali diri aku. Dan ada juga yang tak pernah tahu siapa pemilik blog ni. Tapi aku mau kongsi satu perkara. Rapatkan diri dengan keluarga, eratkan ikatan kekeluargaan supaya hidup kamu dilimpahi rahmat Allah. In shaa Allah, semuanya mudah dan dipermudahkan. 

1. Mungkin dulu kami lalai dengan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi ni. Lalai hinggakan tak mampu nak kembali ke jalan sebenar. Aku menyesal. Sebab nasi sudah menjadi bubur. Perkara yang kau takpernah ingin terjadi secara tiba-tiba. Aku sendiri tak tahu bila dan macam mana semua ini boleh tamat. Seberat-berat dugaan itu adalah yang terbaik dr Allah.

Aku redha. Redha saja yang boleh buat aku tenang. Dengan berita yang aku baru dapat dua minggu lepas tentang tawaran untk ke universiti ni, makin hari makin aku hilang rasa untuk sambung belajar. Entah. Hati aku berbelah-bahagi. Jiwa aku sempit. Fikiran aku melayang entah ke mana fikirkan benda yang tak pasti.

2. Aku tak mengharap orang memahami aku. Dan aku tak harap simpati manusia. Kadang, aku cerita sekadar mau meluah apa yang dipendam. Aku tak perlu kata-kata semangat dan ejekan daripada itu. Aku cuma mau mereka yang didepan mata ni mendengar dan (buat-buat faham) dengan apa yang aku perkata. Aku tahu susah. Dan aku tahu, Manusia perlu ruang dan waktu untuk menyelesakan diri dengan perkara baru. Aku harap semua ini cuma sementara.

3. Dan janji. Manusia itu tak sempurna. Lagi lagi pada pandangan manusia lain. Jujur aku juga punya sisi yang teruk, yang selalu mereka marah dan persoalkan. Maaf jika aku pernah mungkir segala janji. Aku juga perlu ruang untuk kembali tenang. Jika aku bukan yang terbaik. Jodoh itu datang dr Allah. Dan janji Allah itu pasti jika kita ditakdirkan bersama dunia dan akhirat. 

Aku menunggu sesuatu yang pasti. Yang pasti itu datang dari Allah. Dan dari Allah itu pasti membahagiakan.





xoxo,
peparipeliks

3 comments:

Anis Ifham said...

Cik pari-pari, kita sama. cuma, mungkin situasinya berbeza :'(

Izzati Amira said...

be strong okay. banyakkan mengadu pada Allah S.W.T (:

white lily said...

semoga tabah kak :D teruskan perjuangan, hiks! never give up selagi masih bernafas. chaiyok chaiyok!

Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.