Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

Good Things

Assalamualaikum 

Here's again jumpa aku lagi dalam satu malam. Bagi melepaskan nafsu menulis selama aku bekerja. Macamnilah jadinya. Aku tunggu masa yang sesuai nak bercerita banyak banyak. Nak cerita pun kena tunggu masa ke hekele poyo sangat kan? (haha) Sekarang aku ada dua news yang buat aku eksaited+takut+gementar+sedih. What is it?

Firstly, aku bersyukur sangat dapat kerja sekarang. Gaji pun elok, dapat komisen lagi, suasana and tempat makan pun elok dah. Tak mahal dan selesa sangat. Alhamdulillah baru dua bulan kerja aku dah rapat dengan semua staff dekat sana. Everything goes well sampai satu malam which is malam semalam I got news from UITM that aku dapat sambung belajar di UITM. Bila dapat tahu aku seronok gilaaa sebab before this selalu merungut tak dapat sambung belajar and start jauhkan diri sebab rasa terkilan. Aku ingat tak dapat UITM ni sebabnya aku fikir banyak lagi budak lepasan SPM lagi pandai dan hebat daripada aku.

Bila aku baca ayat "tahniah" je muka aku jadi seronok bakhang. Alhamdulillah ya Allah. Semua yang tahu berita ni cakap benda yang sama. "Tulaa tak sabar, sekarang dah dapat sambung belajar jangan merungut lagi" "Lepasni kau boleh share cerita kat kolej dgn kitorang :)" "Even kat ceruk jin betendang pun hati biar ikhlas nak belajar. Jangan fikir bukan bukan" Rasa macam nak perang pula dorang bagi semangat untuk belajar :')

Tapi satu lagi berita yang menyedihkan. Aku dicampak ke UiTM Jengka Pahang on 22Nov2014. Masa aku dapat tahu kena campak ke sana aku terkejut dan takut dan macam-macamlah rasa ada. Boleh ke aku hidup kat sana? Boleh ke aku hidup without any family members kat sana? Takut. Takut aku tak dapat bawa diri. Risau. Risau dengan keadaan rumah yang tak semenggah macam dulu lagi. 

Aku tak tahu nak buat apa tapi semua minta aku pergi. Lagi dua minggu dan kemudian aku jauh dari keluarga terutama mak ayah. Aku tak pernah tinggal asrama dan aku rasa lifeless bila mak ayah takada dekat sebelah. Aku takut aku menyimpang jauh masa di sana nanti. Ya Allah! Memang aku suka fikir negetif tapi kadang aku rasa elok juga. Beringat sebelum terkena. "Jangan risau, selalu baca al-quran, solat jangan tinggal, pakai tutup aurat in shaa Allah tak jadi apa apa. Niat biar ikhlas bukan untuk seronok-seronok"- Kak Balqis.

Aku cuba gagahkan diri even aku tahu aku tak kuat. Even orang kata dekat pun. Entah, masih tak sedap hati. Masih risau dengan semua sekali. Padahal ini yang aku nak dulu, ini yang aku rungutkan dulu. Kena hati ni cepat berubah? Haizzzz :(

Kalau ada jodoh tak kemana.

xoxo,
peparipeliks

3 comments:

Anis Ifham said...

Alhamdulillah. In shaa Allah, kena pandai jaga diri. Allah sentiasa bersama cik pepari :)

white lily said...

congrats kak :D haih! cuba dulu, belum cuba belum tahu. mungkin bila dah sampai sana, tidak seburuk yang kita sangka. entah entah lagi smooth. hehe

white lily said...
This comment has been removed by the author.
Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.