Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

Memo_2

Assalamualaikum

sumber; google

Susah untuk menjawab segala teka-teki tentang manusia. Tentang hidup yang kita sendiri tak tahu bagaimana kesudahan yang akan kita terima. Bagi sesetengah manusia, mereka cuma lalui hari-hari dan liku yang sudah ditetapkan. Jujur aku kosong tanpa manusia yang dulu aku sayang. Tapi aku rasa macam perigi cari timba. 

Jodoh rahsia Dia. Aku masih sayang dia. Lelaki yang dulu pernah buat aku gelak tak ingat dunia. Tapi mungkin Dia sudah tetapkan masa dan sampai bila kami bertemu. Aku manusia yang skema. Terlalu skema sampaikan kekurangan kawan. Tapi sejak aku kenal dia, aku jadi poyo dan boleh bergaul dengan manusia lain. Aku berani bergerak kemana-mana tanpa teman. Terima kasih beri aku sikit keyakinan untuk aku bergerak sendiri. Terima kasih beri aku kekuatan untuk teruskan hidup sendirian. 

Hati masih sayang. Tapi apa aku boleh buat? Cuma berserah pada takdir. Bukan salah dia, dan bukan salah aku. Cuma takdir telah menetapkan segalanya. Aku terima dengan ikhlas segala yang berlaku antara aku dan dia. Aku terima ikhlas segala kata yang diberi orang sekeliling. Tapi cuma aku ke yang perlu bergerak sendiri untuk menarik hati dia? 

Sejarah hidup aku telah mematang dan beri aku kekuatan untuk jadi wanita berhati kental. Aku tak mudah menangis pada orang luar yang tak mengenali aku. Cuma keluarga. Sekarang aku cuma mementingkan hal keluarga dan arah hidup yang aku kena tempuhi. Dengan kesibukan aku pada hal ini mungkin sikit sebanyak aku kurang mengingatinya. Mungkin aku boleh meneruskan hidup tanpa bayangnya lagi. Tapi jauh di sudut hati aku, masih berharap yang kami akan kekal. Tapi aku tahu Allah lebih tahu segalanya. 

Dalam keadaan yang aku terima sekarang, alhamdulillah. Aku bersyukur kerana masih mampu meneruskan hidup. Masih mampu berjalan sendiri tanpa ada sesiapa. Dan hati ini masih tidak menerima sebarang nama untuk dipalitkan keatasnya. Kerana aku masih belum pulih untuk berpasangan lagi. 

Life is under construction.

xoxo, 
peparipeliks



4 comments:

Anis Ifham said...

Tak semua orang yang kita sayang akan kekal bersama kita, kita kena belajar lepaskan mereka perlahan-lahan. I know you can do it.

Cik Nadyya said...

akak pena rasa ni. jujur akak rasa susa nak lupakan. akak cuba jugak 'bangun' akhirnya akak berjaya walaupon dia tetap ade dihati akak. bila sekarang dia persoalkan 'cinta' akak jadi diam dan diam. pilihan akak tetap kawan :)

Jalal boy said...

Salam pergenalan.. Nama Saya jalalboy dan Ini laman Web saya http://adf.ly/bC0Rz.. Harap jika ada salah silap dapat perbetulkan dan bantuan dapat diberikan http://adf.ly/bC0TQ

Yun Sing said...

Hidup memang begini.. people come and go.. You can do it.. gambateh :')

Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.