Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

Malaysia Day

Assalamualaikum

Hello gaisess! So how's your days? Maaf banyak hari aku tak blogwalking. Banyak hari aku tak update blog. Tak sibuk mana pun tapi memandangkan hidupan liar aku dah berubah jadi aku cepat penat bila balik rumah. Jadi tidur la cite dia kan. Tapi better dari yang dulu even bila buat kerja mata aku kuyu semacam sampaikan ada hakak habang tegur puleks. Malu ittew -.-' 


sumber; google

Nak dekat sebulan aku kerja situ, boleh tahanlah dengan environment dia, kawan tempat kerja and bos cina. Bila dah jadi dak baru kat memana kompom kena bahan dengan dak opis. Lagi-lagi semua yang aku kenal tu kawan kakak aku. Tiap harilah aku kena smack down kat situ. Pernah sekali, aku mintak tolong dak opis aku si Apis belikan makanan sebab ngantuk gilaaaaaaaaa bila dah pepetang ngadap komputer tu. Lepastu kena bahan pulak dengan dak opis. Entah hapape kan? Macam dalam drama sangat kan bila dak opis kenen-kenenkan aku dengan dia. Cett! -.-


Selamat Hari Malaysia Kawan!

Btw, next week Hari Malaysia kan? So dah over the reaction ni aku nak ucap Selamat Hari Malaysia untuk warga Mesia yang cool habis dan reti hormat orang lain okek. Jangan jadi manusia yang poyo dan berlagak sebab masa kita bukan selalu elok. Ada pasang surutnya, ada atas bawahnya. Jadi yokk reramai tanamkan sifat hormat pada kaum lain dan amalkan senyuman yang ikhlas dari hati yang suci yekk. 

Plus, sungguh aku bangga sebab jadi warganegara Malaysia. Bangga sebab dapat kenal pelbagai kaum dan makan makanan yang sangat osem macam roti canai dengan yong tau fuuu. Pehh! Sedap pulak bila teringat yong tau fuu dekat pakcik pasar malam hari ahad esok (^^,) Aku tak pernah ada kawan cina sebab tak ada pendedahan dengan kaum tu. Kawan india dan lain-lain pernah ada sampai sekarang. Seronok bila tahu pasal cerita dedulu dorang auw auw lepastu kitorang kongsi cerita pasal atok nenek moyang kitorang sesama. Hihi~ Bila raya pulak rasa macam special sebab kaum lain wish hari raya dekat kita. Bukan special apa tapi macam dorang tahu yang kita tengah sambut semua tu. 

Soal makan pula ni part yang aku paling suka. Bila banyak kaum duduk sekampung ni banyak betul makanan dia. Kalau nak senarai memang tak habis sampai ke sudah tapi bila ada mamak jual cendol dengan rojak, aunty cina peramah habis jual kuih puteri ayu, ada pasar malam jual memacam makanan sampai tak tahu nak beli apa, korang tak rasa benda ni semua osem ke? Best lahh sebab style kaum memasing lain tauu bila cakap soal makanan ni. Dengan environment dia lagi yang santai and tak nampak class sangat. Sesuai sangat untuk melepak macam kat kedai mamak tu. 

Misi akhir aku cuma mau doa agar negara ni punya masa depan yang cerah dan maju seiring dengan kotak pemikiran manusia yang matang. In shaa Allah~


xoxo, 
peparipeliks

3 comments:

Cik Nadyya said...

syoklaa da keje . akak nih hah still xkeje lagi lahai..

selamat hari malaysia jugak EL :)

Anis Ifham said...

selamat hari Malaysia EL! :)
Kita pun suka juga pasal part makanan ni. hahaha xd

white lily said...

selamat hari malaysia! teheeee... pelbagai jenis makanan mau tak ohsemm xD

Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.