Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

Seven Truth

Assalamualaikum

Hi semua seronok betui aku update blog kali ni, walaupun stat overview aku makin kurang tiap minggu. Tak sedih pun. (sikit je) Takpelah tak kisah sebab aku pun dah jarang buka pesbuk ke twitter ke apa. Kerja kan. Aku rasa hidup aku lebih teratur and terasa macam ada life pula lepas kerja ni. Boleh bergaul, at least ada kawan dan tak bosan. My biggest fear is bosan okay. Aku paling menyampah bila dah bosan tak buat apa. Last decisionnya aku tidur sebabtu badan cenggini haa, macam ikan buntal -.- 

Okay kali ni ada orang tag aku untuk The Versatile Blogger Award. Apa yang versatile sangat dalam blog aku ni pun tak faham. Yang tag tu kompomlah kak Nadds. Dia saja hakak blogger yang boleh tahan ngam dengan aku. Tolong bebanyak pasai apa yang aku tak faham dalam blog ni even dah lama berkecimpung dalam dunia blog. Cehh, ayat entah hapape.



Tujuh kebenaran yang manusia selalu uar-uarkan dalam diri aku. Sebenarnya banyak tapi dah hakak nadds nak tujuh je kita bagi tujuh jela ekk :) Okay nak tahu sangat kan? Meh aku ceghita sikek :) 

1. Mudah emosi

Memang mudah emosi. Mudah sentap. Aku pun tak tahu apa masalahnya. Sebab aku anak bongsu ke? Ke sebab memang itu aku? Cehh ngada betul. Tapi mak kata aku emosi sekejap je lepastu boleh stabilkan balik mood menggelabah tak ingat dunia ni. Sikit. Aku memang hati lembik. Aku tak tahu lah macam mana nak hadap kerja kat tempat baru ni. Banyak dugaan dekat customer je rasanya.

2. Perlu dipaksa

Well known pada yang tersangat mengenali diri aku ni, dorang tahu aku memang takde dan tak pernah ada konpiden bila nak bergerak sendiri kat dunia luar. Apapepun, orang kena paksa aku buat something even benda tu untuk kebaikan diri aku. Tak kisahlah sampai kena marah ke, kena bahan ke, kena pulau pun kalau aku kata tak nak memang aku tak buat. Tapi kalau dah dipaksa baru aku gerak. Baru boleh get-in dengan semua walaupun mula-mula tak ikhlas bila buat something (hehe) Entah apape kan? -.-'

3. Pelik

Dari kecil memang dikategorikan dalam kalangan orang pelik. Pelik aku cuma dari segi pendapat agaknya. Dan juga lifestyle. Aku rasa apa yang aku cakap atau buat mesti bercanggah dengan orang sekeliling aku. Tak tahu kenapa. Then kena cop 'orang pelik'. Dulu bebudak dok main panjat katil berlari semua, aku duk bilik je. Menulis atau lukis. Duduk dediam sampaikan orang lain tengok tv kat ruang tamu pun aku duk bilik. Suka menyendiri. Winks~

4. Sendirian

Zaman dah berubah. Manusia pun ingin berpasang-pasangan. Aku suka sendirian. Entah, aku suka diam daripada bercakap. Mendengar dari meluah perasaan. Melihat dari jadi perhatian. Mungkin sebab itu aku tak konpiden untuk get thru this life kot. Suka duduk dalam keadaan sunyi. Suka bunyi cengkerik bila lepas hujan turun. Suka tengok bintang waktu malam dan suka gilaaaaaaaaa beli buku tebal, tulis macam macam, lukis macam macam. Muehehe~

5. Ringkas

Aku tak suka benda yang complicated. Yang boleh buat aku rasa serabut, pening kepala dan opkos aku suka benda yang simple. Bagi aku, tak perlu nak melebih dalam semua benda. Dalam personaliti, cara bergaul, cara berpakaian dan dalam perhubungan. Aku tak suka benda remeh dipanjangkan. Cuma let it go, let it go. 

6. Tak terdesak

Dalam hal ni jujur aku kata, aku memang tak terdesak untuk melakukan sesuatu hal yang berkaitan dalam hidup aku. Macam remaja baya aku selalu inginkan macam-macam hal spt. lesen, beli kereta atau insurans, sambung belajar, braces dan lain-lain. Kalau ye pun aku selalu cakap teringin bagai tapi bila ada duit aku tak fikir tu priority dalam hidup aku. Biar masa dan keadaan yang tentukan apa yang terbaik buat aku. Sebab aku tahu, sampai masa nanti aku akan buat dan lalui juga semua benda tu. Dalam hidup tak perlu gopoh untuk buat sesuatu, takut nyesal ;)

7. Parut

Ramai orang tak tahu tapi yang  dah kenal lama aku, dia akan perasan. Dekat tangan kiri aku ada parut yang aku suka gentel dan tengok. Macam ingatkan aku masa zaman kekanak dulu. Aku tak tahu apa masalahnya tapi seingat aku, aku pergi gunting sikit tapak tangan aku. Tak besar mana pun kecil macam duit 5sen je. Berdarah bagai nak gila sampai mak suruh balut dengan kain batik mak. Bersepah darah dekat kain tu. Muehehe, Sekarang reti nengok jelaa.

Selesai dalam tujuh kebenaran tentang aku. El si pembosan sebab dalam blog ni banyak ayat yang takde pekdah dari gambar yang cuns. Sorry gengs. Apa yang aku tulis ni tak semua orang tahu, aku suka benda yang orang taktahu tentang diri aku. At least ada privacy sikit untuk aku kan :) Btw, thank you to kak Nads sebab tag kita dalam ni. Lebchuu :*

Disini aku paparkan 15blogger terhebat dalam frenchlist:

1.  http://naalisaa.blogspot.com/
2.  http://wancrazykid.blogspot.com/
3.  http://loveneddy.blogspot.com/
4.  http://kaktusoren.blogspot.com/
5.  http://kakaktiricinderella-stories.blogspot.com/
6.  http://aniesaahmad.blogspot.com/
7.  http://acuyuhan.blogspot.com/
8.  http://smilingsafieqa.blogspot.com/
9.  http://itsmyheartnotyours.blogspot.com/
10. http://alynnazfiz.blogspot.com/
11. http://friends-jannah.blogspot.com/
12. http://screwedying.blogspot.com/
13. http://peminatsetiamaherzain.blogspot.com/
14. http://shamieraosment.blogspot.com/
15. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/

Hidup lebih indah kalau suka dalam keadaan senyap daripada meluah.

xoxo, 
peparipeliks

11 comments:

Alynn Azman said...

owesome ! ops! di tag ..ok2 nantikan kemunculan .syukran ea :)) ...

Cik Nadyya said...

sama la. suka sendirian. huhu

Ying Jeffrey said...

Thanks:) done! http://screwedying.blogspot.com/2014/08/7-random-facts-about-me-versatile.html

white lily said...

suka menyendiri tu salah satunya benda yang paling best. di mana hanya ada dunia kita tersendiri. fikiran tak serabut. best. hehehe

Lee Wa Wan said...

gunting tangan sendiri ? wow extreme betul... hahaha.. tp. syukur semuanya okay :)

Siara Elina said...

no 4 ..sama.. suka sendirian jugak. saya suka beli buku nota yang comel comel.. hehehekkss owhh saya no 15. in shaa Allah kalau ada kelapangan saya akan buat entry pasal nie. and, thanks tagggg. sangat2 menghargaiii ^^

aniesa ahmad said...

Suka sendiri jgak .. Eh ..?? Apakes pergi gunting tangan sndiri ? Aneh lorhhh .. Btw, thanks sudi tag .. Walaupun bukan blogger hebat =B

Yun Sing said...

Eh.. kena tag la.. tengs :) Kita pun hampir sama la.. dulu suka menyendiri lepas tuh tak ada konfident.. sekarang sudah berubah dan dalam proses untuk berubah menjadi lebih baik.. :)

Mohammad Anuar said...

Whoaaaaa thanks a lot. sama la suka sendirian. Kehkeh. tenang kan sendirian? :D

Anis Ifham said...

tak boleh sendirian, kalau sorang-sorang, semua masalah akan .. boffffff keluar menderu-deru dan kemudian ....... T_T

eyqa yushaiza said...

thank you for tagging hee..

yus dah buat entry http://smilingsafieqa.blogspot.com/2014/09/seven-wonder-of-yus.html

samalah kita suka benda yang ringkas je. dekat asrama dulu pun yus dicop budak pelik dengan akak bilik. siap panggil kita 'b.p' lagi -.-

Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.