Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

Life Cycle

Assalamualaikum

sumber; google

Dari Tuhan kita dibentuk, diberi roh dan diajar untuk hidup atas muka bumi dan dari Dia juga kita kembali. Sungguh, aku terkesan dengan apa yang terjadi dalam tragedi nahas mh17 ni. Alasan yang tak masuk dek akal. Betul, makin hari aku lihat negara ni makin banyak masalah yang tak dapat diatasi. Aku tak salahkan PM atas semua ni. Mungkin mentaliti kita sendiri yang menyebabkan negara ni makin banyak masalah. Kononnya nak buat bantahan dan wujudkan sifat benci dalam diri terhadap kerajaan. Padahal kerajaan yang selalu support dan tolong kita. 

Kalau ketuanya tak betul, takkan ahlinya cuma reti kutuk dan kutuk sampai timbul rasa kurang senang dan hormat. Dan kemudian mulalah nak boikot. Tak faham aku. 

Aku cuma rasa tak puas hati dengan apa yang berlaku terhadap kapal mh17 dan mh370 ni. Ada sesuatu yang tak kena. Ada sesuatu benda negara luar sedang rancang untuk jatuhkan negara ni. Mungkin. Moga Tuhan lindungi kita dan negara daripada anasir luar dan hasad dengki musuh. InsyaAllah. 

Alfatihah buat semua yang terlibat dalam nahas mh17 serta mh370. Mungkin kalau terjadi dalam keluarga aku, cuma airmata yang keluar. Tak mampu nak berkata lagi. Moga kamu akan lebih kuat. Lebih tabah dalam harungi hidup tanpa orang tersayang di sisi. Moga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang sentiasa tenang dan diberkati olehNya. 

Berita yang lebih menyedihkan kau ialah memerhati manusia yang tak pernah bersyukur dalam nikmat Tuhan.

xoxo,
syalroslan




3 comments:

nurul hidayah said...

Apa yg terjadi ni , Allah dah tetapkan . Dia dah atur segalanya termasuklah cara kematian . Kita tak tahu la macam mana cara kita kembali . Apapun . Apa yg jadi ni memang bagi kesan kepada kita rakyat Malaysia . :)

Syaz Harzays Minme said...

Al-fatihah ...

Yun Sing said...

MH370 dan MH17 dalam kenangan :'+ Takziah buat ahli keluarga mangsa..

Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.