Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

Great Boost

Assalamualaikum 

Hai semorang salam jumaat yang aman dan damai ini. Alhamdulillah we still alive bebeh. Marilah mencari keredhaan dan keikhlasan dalam setiap ibadat yang kita cari. Aku ni bukanlah baik sangat. Nak cakap melebih kang tapi tak buat berdosa pula. Baik baik, kita sama sama cari keredhaan Dia yaa kakaks dan abangs blogger semua :) 

Last a few days ago aku tengok Ninja Turtle yang kat wayang sekarang tu. Dulu zaman keciks layan gak lah sebab abang aku ada dua. Biasa lah lelaki suka sangat lelawan nihaa. Power rangers, dragon ball, batman. Jadi aku pun terikut sama lah suka layan semua tu. Tapi dulu ada versi kartun je. Tak pernah nengok pun siap ada orang betul macam kat wayang sekarang ni. Lepas abang aku dah besar, mak aku ada jaga anak sedara dia so terpaksa layan teletubis. Hambar betul. Aku sampai sekarang tak faham main point cerita teletubis tu T____T

Aku dah nengok Ninja Turtle (tenage mutant) nihaa. Okay aku bukan keluar dengan pakwe ya jangan risau semua dah ter kubur layu lagi masam. Aku keluar dengan akak aku. Itupun sebab bosan sangat lepas hantar mak pergi kerja dan breakfast mamak. Aku yang offer belanja wayang walaupun aku tak kerja tapi dia yang kerja -.- (bencik!) Memandangkan memasing cuti dan menganggur masa tu jadi kitorang drove away ke KL Festival City. 

Beli tiket untuk dua orang agak agak ada masa setengah jam lagi so angah ajak pergi urut dekat kerusi ogawa yang kena letak seringgit dapatlah urut 3minit. Aku takpernah cuba pun benda tu sebab malu orang kuluq-kiliq dok pandang kita macam ada buat salah. Noob gila masa dulu -.-' Haritu aku trylah sebab kitorang pergi pagi tak ada orang sangat. Kemain lagi urutan kerusi tu rasa macam tak nak bangun dah. Nak tidur kat situ je tapi ada apek tua duk tunggu sebelah aku. Mengalahlahhh (ayat pasrah)

sumber; google

Okay back to story, memula aku rasa not interested langsung sebab dalam versi kartun si kura kura tu dok nampak segak betui. Comel je. Bila dah transform ke realiti nampak selekeh lak. Geli euw euw. Start je cerita tu, pehh osem gila bak hang lah. Best sebab ada kekura yang pakai skarf kuning tu selalu buat lawak. Kalau takdak lawak maybe cerita tu hambar sikit sebab berlawan je kan. Aku suka gila part yang dalam lif nak tunggu tingkat atas dia boleh dok nyanyi lagi. Aihhh haha tak menyesal lah tengok cerita ni sebenarnya. Even memula rasa macam tak nak masuk je wayang tu. Heheks -.-' 

Dulu aku tengok cerita ninja kekura ni tak tau lak asal dia boleh jadi besar semua ni. Siap ada tempat tinggal bagai. Tapi bila dah tengok cerita ni baru tau semuanya. Tak sangka pula kekura kecik tapak tangan boleh membeso gadang tinggi enam kaki lebih. Omen you guys kena tengok gak cerita ni. Series wa cakap sama lu cerita ni best gila habis. Ke semua dah tengok? Cehhh! Maaf melebih pula hamba di sini. Apape pun, lepas tengok cerita ni, aku dengan akak terpaksa guna duit syiling sebab kami memang dah tak ada duit masa tu. Nasib baik ada duit syiling. Ye dak? Hehe~

Kadang dengan satu perjumpaan tak rasmi macam buat kau rasa lebih seronok berbanding pertemuan yang dah kau atur.

xoxo,
peparipeliks

6 comments:

Cik Nadyya said...

kartoon bdk laki tgok smua akak layan tau. sebab yela da ade adik laki kan. layan jelaa. tp akak paling suka dragonball. yehoo. kartoon ninja tutrle ponn xpna miss.. alahaii..

penah tgok teletubis jugak. xsalu la,, layan jugak sebab comel kan.hahahahah

eeee nak tgokk jugakkk cite ninja tutrle realitii.. adoiii .. nt nak download la. hakhak

Ana Lee said...

Ana tau camna dorg bole jadi besar! Hik hik xD

Nak tengok jugak.. mula mula tengok dekat tv iklan movie nih nampak cam ta seronok sebab muka dorng hud*h . kakakaa. Tapi lepas tengok trailer dia. Memang beshh! Nak tengok TT .TT

Mesti akak maksudkan Michealangelo kan ! Antara semua penyu tu. Ana paling minat dia sebab memang lawak :D

Anis Ifham said...

kartun budak-budak best apa? hehehehe.

Lee Wa Wan said...

wahhh wahhh best ye??? ni tak sabar ni >_<

Lee Wa Wan said...

bila tengok NT mestu teringat kat gary masa RM cuba trick song joongki... Donatello~ hahahaha

white lily said...

dulu ada bela kura kura kecik comel lote tu. bila tengok kartun tu... then teringat kura kura kecik tu, rasa lawak pun ada. haha. kita tengok online je.. muehehe

Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.