Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

Seven Truth

Assalamualaikum

Hi semua seronok betui aku update blog kali ni, walaupun stat overview aku makin kurang tiap minggu. Tak sedih pun. (sikit je) Takpelah tak kisah sebab aku pun dah jarang buka pesbuk ke twitter ke apa. Kerja kan. Aku rasa hidup aku lebih teratur and terasa macam ada life pula lepas kerja ni. Boleh bergaul, at least ada kawan dan tak bosan. My biggest fear is bosan okay. Aku paling menyampah bila dah bosan tak buat apa. Last decisionnya aku tidur sebabtu badan cenggini haa, macam ikan buntal -.- 

Okay kali ni ada orang tag aku untuk The Versatile Blogger Award. Apa yang versatile sangat dalam blog aku ni pun tak faham. Yang tag tu kompomlah kak Nadds. Dia saja hakak blogger yang boleh tahan ngam dengan aku. Tolong bebanyak pasai apa yang aku tak faham dalam blog ni even dah lama berkecimpung dalam dunia blog. Cehh, ayat entah hapape.



Tujuh kebenaran yang manusia selalu uar-uarkan dalam diri aku. Sebenarnya banyak tapi dah hakak nadds nak tujuh je kita bagi tujuh jela ekk :) Okay nak tahu sangat kan? Meh aku ceghita sikek :) 

1. Mudah emosi

Memang mudah emosi. Mudah sentap. Aku pun tak tahu apa masalahnya. Sebab aku anak bongsu ke? Ke sebab memang itu aku? Cehh ngada betul. Tapi mak kata aku emosi sekejap je lepastu boleh stabilkan balik mood menggelabah tak ingat dunia ni. Sikit. Aku memang hati lembik. Aku tak tahu lah macam mana nak hadap kerja kat tempat baru ni. Banyak dugaan dekat customer je rasanya.

2. Perlu dipaksa

Well known pada yang tersangat mengenali diri aku ni, dorang tahu aku memang takde dan tak pernah ada konpiden bila nak bergerak sendiri kat dunia luar. Apapepun, orang kena paksa aku buat something even benda tu untuk kebaikan diri aku. Tak kisahlah sampai kena marah ke, kena bahan ke, kena pulau pun kalau aku kata tak nak memang aku tak buat. Tapi kalau dah dipaksa baru aku gerak. Baru boleh get-in dengan semua walaupun mula-mula tak ikhlas bila buat something (hehe) Entah apape kan? -.-'

3. Pelik

Dari kecil memang dikategorikan dalam kalangan orang pelik. Pelik aku cuma dari segi pendapat agaknya. Dan juga lifestyle. Aku rasa apa yang aku cakap atau buat mesti bercanggah dengan orang sekeliling aku. Tak tahu kenapa. Then kena cop 'orang pelik'. Dulu bebudak dok main panjat katil berlari semua, aku duk bilik je. Menulis atau lukis. Duduk dediam sampaikan orang lain tengok tv kat ruang tamu pun aku duk bilik. Suka menyendiri. Winks~

4. Sendirian

Zaman dah berubah. Manusia pun ingin berpasang-pasangan. Aku suka sendirian. Entah, aku suka diam daripada bercakap. Mendengar dari meluah perasaan. Melihat dari jadi perhatian. Mungkin sebab itu aku tak konpiden untuk get thru this life kot. Suka duduk dalam keadaan sunyi. Suka bunyi cengkerik bila lepas hujan turun. Suka tengok bintang waktu malam dan suka gilaaaaaaaaa beli buku tebal, tulis macam macam, lukis macam macam. Muehehe~

5. Ringkas

Aku tak suka benda yang complicated. Yang boleh buat aku rasa serabut, pening kepala dan opkos aku suka benda yang simple. Bagi aku, tak perlu nak melebih dalam semua benda. Dalam personaliti, cara bergaul, cara berpakaian dan dalam perhubungan. Aku tak suka benda remeh dipanjangkan. Cuma let it go, let it go. 

6. Tak terdesak

Dalam hal ni jujur aku kata, aku memang tak terdesak untuk melakukan sesuatu hal yang berkaitan dalam hidup aku. Macam remaja baya aku selalu inginkan macam-macam hal spt. lesen, beli kereta atau insurans, sambung belajar, braces dan lain-lain. Kalau ye pun aku selalu cakap teringin bagai tapi bila ada duit aku tak fikir tu priority dalam hidup aku. Biar masa dan keadaan yang tentukan apa yang terbaik buat aku. Sebab aku tahu, sampai masa nanti aku akan buat dan lalui juga semua benda tu. Dalam hidup tak perlu gopoh untuk buat sesuatu, takut nyesal ;)

7. Parut

Ramai orang tak tahu tapi yang  dah kenal lama aku, dia akan perasan. Dekat tangan kiri aku ada parut yang aku suka gentel dan tengok. Macam ingatkan aku masa zaman kekanak dulu. Aku tak tahu apa masalahnya tapi seingat aku, aku pergi gunting sikit tapak tangan aku. Tak besar mana pun kecil macam duit 5sen je. Berdarah bagai nak gila sampai mak suruh balut dengan kain batik mak. Bersepah darah dekat kain tu. Muehehe, Sekarang reti nengok jelaa.

Selesai dalam tujuh kebenaran tentang aku. El si pembosan sebab dalam blog ni banyak ayat yang takde pekdah dari gambar yang cuns. Sorry gengs. Apa yang aku tulis ni tak semua orang tahu, aku suka benda yang orang taktahu tentang diri aku. At least ada privacy sikit untuk aku kan :) Btw, thank you to kak Nads sebab tag kita dalam ni. Lebchuu :*

Disini aku paparkan 15blogger terhebat dalam frenchlist:

1.  http://naalisaa.blogspot.com/
2.  http://wancrazykid.blogspot.com/
3.  http://loveneddy.blogspot.com/
4.  http://kaktusoren.blogspot.com/
5.  http://kakaktiricinderella-stories.blogspot.com/
6.  http://aniesaahmad.blogspot.com/
7.  http://acuyuhan.blogspot.com/
8.  http://smilingsafieqa.blogspot.com/
9.  http://itsmyheartnotyours.blogspot.com/
10. http://alynnazfiz.blogspot.com/
11. http://friends-jannah.blogspot.com/
12. http://screwedying.blogspot.com/
13. http://peminatsetiamaherzain.blogspot.com/
14. http://shamieraosment.blogspot.com/
15. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/

Hidup lebih indah kalau suka dalam keadaan senyap daripada meluah.

xoxo, 
peparipeliks

Life Cycle

Assalamualaikum

sumber; google

Dari Tuhan kita dibentuk, diberi roh dan diajar untuk hidup atas muka bumi dan dari Dia juga kita kembali. Sungguh, aku terkesan dengan apa yang terjadi dalam tragedi nahas mh17 ni. Alasan yang tak masuk dek akal. Betul, makin hari aku lihat negara ni makin banyak masalah yang tak dapat diatasi. Aku tak salahkan PM atas semua ni. Mungkin mentaliti kita sendiri yang menyebabkan negara ni makin banyak masalah. Kononnya nak buat bantahan dan wujudkan sifat benci dalam diri terhadap kerajaan. Padahal kerajaan yang selalu support dan tolong kita. 

Kalau ketuanya tak betul, takkan ahlinya cuma reti kutuk dan kutuk sampai timbul rasa kurang senang dan hormat. Dan kemudian mulalah nak boikot. Tak faham aku. 

Aku cuma rasa tak puas hati dengan apa yang berlaku terhadap kapal mh17 dan mh370 ni. Ada sesuatu yang tak kena. Ada sesuatu benda negara luar sedang rancang untuk jatuhkan negara ni. Mungkin. Moga Tuhan lindungi kita dan negara daripada anasir luar dan hasad dengki musuh. InsyaAllah. 

Alfatihah buat semua yang terlibat dalam nahas mh17 serta mh370. Mungkin kalau terjadi dalam keluarga aku, cuma airmata yang keluar. Tak mampu nak berkata lagi. Moga kamu akan lebih kuat. Lebih tabah dalam harungi hidup tanpa orang tersayang di sisi. Moga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang sentiasa tenang dan diberkati olehNya. 

Berita yang lebih menyedihkan kau ialah memerhati manusia yang tak pernah bersyukur dalam nikmat Tuhan.

xoxo,
syalroslan




New Blogskin

Assalamualaikum

Lama gak kan aku tak update entri baru. Apadehal bukan orang nengok pun blog aku ni. Setakat celah kuku je baik tak payahh. Sebab dulu kan blog aku tak cantik. Template pun guna blogger punya sebab aku dah malas nak edit bagai ni. Menyampah pun ada kekadang tak dapat nak save sebab error. Mencik! Semenjak dah kerja ni (ehem, berlagak!) aku cepat penat pula. Dulu kan tidur sepanjang hari bekerja. Sekarang kena tahan mata sebab duduk opis nanti kena marah dengan supevisor sana. Pui~

sumber; folder baghu

First of all, thank you to kak nadya yang comel gilewssssssss sebab buatkan blogskin pinkies ni. Aku dah kata aku suka kaler pink jadi mohon terima aku seadanya. Jangan nak mengata aku pulak menggedik ke hapebende -.- Okay ekceli aku memang dah terniat nak minta tolong akak nadya ni buatkan sebab tiap minggu aku usha blog dia asik tukar template, tukar kaler blogskin. Jadi aku geram sebab tak dapat sama. Lepastu aku tengok kak paten liyana yang honeykoyuki tu punya blogskin comel gila dengan header dia wewarna-warni. Wehuuu~ So aku buat muka tak malu minta tolong akak nadya. Betul-betul dia buat macam yang aku minta. Teruja sangat okay. Aku tak suka blog yang serabai dan berat dan opkos banyak sangat apps yang tak berkenaan sebabtu aku minta dia buatkan yang simple aje. Lagipun kesian jugakk kang aku banyak songeh akak tu menyampah pulak. (hewhew) 

Dan bila aku minta tu, kitorang having a good conversation dan cara dia layan kita sangat sangat baik dan aku suka bila dia buatkan blogskin ni sebab dia sangat memahami apa yang aku nak. Seronok sangat okay! Lagi satu, kalau korang nak minta tolong dia buatkan pun boleh. Tapi satu syarat. Bak sini doploh sen sebab upah (hehe) Hmm faham sangat mesti tak lawak an. Menyampah! Jadi kalau teringin tapi bosan tengok template yang sama dekat blogskin.com ke apa tu boleh minta tolong kak nadya ni buatkan blogskin korang sendiri okay. Jangan malu~ Okay korang boleh search dan contact dia via facebook dan twitter dia dan insyaAllah kalau ada masa dia akan reply massage korang lelaju :)

Facebook : https://www.facebook.com/nadiaheyqa
Jemput datang ke blog kak nadya : http://loveneddy.blogspot.com/

p.s// Pasai kerja best. Kawan dengan akak dan abang yang jauh lebih tua dari aku tapi perangai serupa budak sekolah. Tapi memasing hormat memasing. Takut sikit sebab tak pernah buat call dengan strangers. Lagi-lagi yang garang, hmm takut :( Harap sangat semuanya okay dan punya hubungan yang baik dalam opis tu. For your info aku kerja di call centre jadi nanti kuruslah jari sebab asik buat call je :D

Kalau kau rasa kosong mungkin Dia belum beri kau kekuatan dalam hidup. Sabar dan tawakal :')

xoxo,
peparipeliks

Memo_1

Assalamualaikum
sumber; Google

p/s: Guess what? I've already got a new job! Something unbelieveable and it suprise me. Sebelum ni aku tak pernah terfikir langsung boleh dapat kerja dalam tahun ni juga sebab kemalasan yang mencurah ke daun keladi. But at the end, I got the job by that day. Alhamdulillah. This is new for me. Kerja baru, kawan baru and of course banyak peringkat usia. Aku takut tak dapat adapt and get in dengan mereka sebab aku tak banyak cakap. By the way, before this aku kerja merepek sangat dengan gaji tak seberapa macam useless bazirkan masa kerja sana. So aku cuba pergi interview kerja kutip hutang di satu office area KL. Thanks to my kakak sebab dia PAKSA dan aku merelakan diri untuk pergi. Esok 18August2014 dah start kerja, wish me luck okay gaiss! ;)

xoxo,
peparipeliks

Great Boost

Assalamualaikum 

Hai semorang salam jumaat yang aman dan damai ini. Alhamdulillah we still alive bebeh. Marilah mencari keredhaan dan keikhlasan dalam setiap ibadat yang kita cari. Aku ni bukanlah baik sangat. Nak cakap melebih kang tapi tak buat berdosa pula. Baik baik, kita sama sama cari keredhaan Dia yaa kakaks dan abangs blogger semua :) 

Last a few days ago aku tengok Ninja Turtle yang kat wayang sekarang tu. Dulu zaman keciks layan gak lah sebab abang aku ada dua. Biasa lah lelaki suka sangat lelawan nihaa. Power rangers, dragon ball, batman. Jadi aku pun terikut sama lah suka layan semua tu. Tapi dulu ada versi kartun je. Tak pernah nengok pun siap ada orang betul macam kat wayang sekarang ni. Lepas abang aku dah besar, mak aku ada jaga anak sedara dia so terpaksa layan teletubis. Hambar betul. Aku sampai sekarang tak faham main point cerita teletubis tu T____T

Aku dah nengok Ninja Turtle (tenage mutant) nihaa. Okay aku bukan keluar dengan pakwe ya jangan risau semua dah ter kubur layu lagi masam. Aku keluar dengan akak aku. Itupun sebab bosan sangat lepas hantar mak pergi kerja dan breakfast mamak. Aku yang offer belanja wayang walaupun aku tak kerja tapi dia yang kerja -.- (bencik!) Memandangkan memasing cuti dan menganggur masa tu jadi kitorang drove away ke KL Festival City. 

Beli tiket untuk dua orang agak agak ada masa setengah jam lagi so angah ajak pergi urut dekat kerusi ogawa yang kena letak seringgit dapatlah urut 3minit. Aku takpernah cuba pun benda tu sebab malu orang kuluq-kiliq dok pandang kita macam ada buat salah. Noob gila masa dulu -.-' Haritu aku trylah sebab kitorang pergi pagi tak ada orang sangat. Kemain lagi urutan kerusi tu rasa macam tak nak bangun dah. Nak tidur kat situ je tapi ada apek tua duk tunggu sebelah aku. Mengalahlahhh (ayat pasrah)

sumber; google

Okay back to story, memula aku rasa not interested langsung sebab dalam versi kartun si kura kura tu dok nampak segak betui. Comel je. Bila dah transform ke realiti nampak selekeh lak. Geli euw euw. Start je cerita tu, pehh osem gila bak hang lah. Best sebab ada kekura yang pakai skarf kuning tu selalu buat lawak. Kalau takdak lawak maybe cerita tu hambar sikit sebab berlawan je kan. Aku suka gila part yang dalam lif nak tunggu tingkat atas dia boleh dok nyanyi lagi. Aihhh haha tak menyesal lah tengok cerita ni sebenarnya. Even memula rasa macam tak nak masuk je wayang tu. Heheks -.-' 

Dulu aku tengok cerita ninja kekura ni tak tau lak asal dia boleh jadi besar semua ni. Siap ada tempat tinggal bagai. Tapi bila dah tengok cerita ni baru tau semuanya. Tak sangka pula kekura kecik tapak tangan boleh membeso gadang tinggi enam kaki lebih. Omen you guys kena tengok gak cerita ni. Series wa cakap sama lu cerita ni best gila habis. Ke semua dah tengok? Cehhh! Maaf melebih pula hamba di sini. Apape pun, lepas tengok cerita ni, aku dengan akak terpaksa guna duit syiling sebab kami memang dah tak ada duit masa tu. Nasib baik ada duit syiling. Ye dak? Hehe~

Kadang dengan satu perjumpaan tak rasmi macam buat kau rasa lebih seronok berbanding pertemuan yang dah kau atur.

xoxo,
peparipeliks

Versus

Assalamualaikum. 

Rindu? Ehem. Jangan nak rindu sangat ye dak dak blogger. Dah lama tak blogwalking bukan sebab malas. Bukan sebab tak bayar internet tapi sebab komputer aku ni lembab gila nak loading. Nak kata banyak folder tak juga. Tu pasallah sampai berhabuk komputer ni baru aku buka tu pun sebab kesian sampai tak terjaga. Hmm, acamne raya korang? Syok ke takk? Kompem la syok, ye dak? Raya tahun ni bagi aku biasa je. Tak beraya kat rumah orang langsung. Hari raya pertama je petangnya aku tukar baju t dengan kain sarung. Cehceh duduk kampung kan kena la pakai kain T_____T 

Sumber; Google

Emmmmmmm, aku tengah mencari cari kerja yang sesuai dalam faktor umur dan badan sebesar aku ni. Mana nak cari lagi? Mana lagi? Ah stress aku! Aku dah mula bosan duduk rumah, dah mula tidur sepanjang masa macam orang sakit. Orang sakit pun bergerak la jugak pi taman ke apa, yang aku ni tidur memanjang. Dengan duit poket takada langsung. Aishhh kenapa la sedih sangat hidup aku ni? Pakwe takada, kerja takada, duit takada. Sepatutnya badan masih kurus lah kekonon stress semua. Tapi dekat aku ni terbalik pula. Ape cito? 

Cari kerja sementara saja sebab nak menunggu result uitm yang tak tahu bila nak keluar. Dupdap dupdap juga menunggu sebab sedih tak dapat dapat nak sambung belajar.Takut pun ada. Suggest la memana kerja kosong please. Lepas enam bulan menganggur baru nak cari kerja. Puihh lerrrr! Hahaha~

Jaga adab kau dengan orang walau mereka caci sebab nanti bukan kau yang dipersalahkan tapi MEREKA.

xoxo,
peparipeliks

Favourito

Assalamualaikum

Kawan cakap kalau dah suka kat orang ni, tiap masa nak ambil tahu pasal dia. Cehh, ayat macam dah jumpa yang baru pula aku ni. Takpun lahh, aku bercerita pasal artis kegemaran. Tak ada lahh kegemaran sangat tapi aku suka tengok muka retis sorang ni. Ayat aku ni macam dia tu duduk sebelah rumah aku je kan -.-' nak usha bagei. Cehh! Aku pun tak tahu kenapa aku boleh terniat nak taip pasal ni dalam entri kali ni. Memang hambar pun kalau baca entri dalam blog ni. Ya lahh aku tak hawtt (puihhh) Ok aku gurau jangan nak judge aku perempuan yang soksok gedik terlebih eh. Bencik!


Jom bercerita tentang main tittle yang aku gembar gemburkan ni. Nama dia Zul Ariffin. Iyaa yang hero cerita Rindu Awak 200% tulahh. Actually aku tak suka dia. Dulu. Sebab rambut dia kelakar dan panjang dan aku memang tak minat lelaki bergayo dengan rambut macam tu. Lagi lagi rambut panjang. Ya tuhan! Tolonglah wahai anak anak Adam, jangan bela rambut panjang seperti perempuan >.< Tak nampak osem langsung kamu bergaya dengan rambut macamtu. Let's changed!


Aku minat dia pun sejak cerita terbaru ni juga, baru perasan rambut dia. Baru perasan betapa kacaknya dia. Baru perasan dia senyum boleh buat hati yang keras ni cair. Hewhew gelenya sokmo! Suara dia lagilah macam cerita omputeh dedulu. Suara besar kan baru nampak kematangan dia. 

Dan aku punya cerita yang agak memalukan diri sendiri. Bila dah buat, menyesal tak sudah pula. Cerita dua hari lepas, dengan  masalah mental punya suka tengok gambar-gambar dia kat instagram. Aku pergi semangat buat video untuk dia guna lagu Estrella - Stay dan hantar dekat dia thru direct massage. Bila dah hantar tu rasa lega lah konon. Bila baca balik apa yang aku tulis, Ya Allah memalukan betul. Ayat ada yang typo, ada yang ayat tergantung. The heck! Eventhough aku tak jumpa dia pun, lagi lah jauh sekali nak bercakap. Tapi tahap kemaluan aku jelas terbukti dan rasa dia macam nak duduk dalam almari diam diam. Padahal tak ada siapa pun tahu aku pergi buat video dan hantar dekat dia. Cis! Menyesal seumur hidup! 
Dan macam biasa, memang aku tak harap pun dia atau orang lain yang aku buat benda yang sama balas apa yang aku buat. At least dia baca. 

Aku tahu ini kisah yang memalukan. Tapi aku rasa dekat sini je boleh luah memandangkan tiada siapa yang kenal aku di sini (nasib baik) Selamat hari raya again guys! Sorry kalau aku ada terover dimana-mana. 

Kalau kau suka, buat. Jangan biar orang lain menguasai siapa dan apa yang patut kau buat.

xoxo,
peparipeliks

Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.