Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

Random Post

Assalamualaikum 

Lamanya tak berblogwalking dan update. Pe kabo semua kengkawan? Ceh ceh dah mula lah ni kan takdo ayat cantik sket nak buat kata-kata segak ni hah. Kesian hangpa duk tunggu cheq update blog sampai nak raya ni kan. Maaf ya semorang sebab aku ada hal sepanjang bulan puasa ni. Ada hal lah sangat sebenarnya P1 lupa nak bayar jadi ketangguhan sedikit nak update cerita baru. Baru berapa minggu aku tinggal komputer ni dah berhabuk sakan. Menampakkan di situ bahawa rumah dah lama tak berkemas. Bukan malas tapi kurang gemar bab habuk nihaa sebab aku asma -.- Geram sangat asik tenyeh hidung guna jari bila dah mula selsema.


Aku tak suka cakap pasal raya. Suka sambut tapi tak suka semegah sangat. Makin besar makin banyak dugaan hidup yang terpaksa aku fikir dulu sebelum nak beraya. Baju raya kadang aku beli masa malam raya. Yang tak lawa sangat tu (hehe) Kuih raya pun tempah yang sesedap aja. Dulu dan sekarang lain. Masa berubah, manusia berubah dan keadaan pun berubah. Tapi aku bersyukur masih hidup dalam duniawi dan sempat untuk bertaubat. InsyaAllah. 

Tahun ni banyak dugaan yang menimpa orang Malaysia terutama orang Islam. Ya, dengan kes kapal terbang MH370 tak jumpa lagi bertambah pula dengan pemberontak didakwa menembak kapal MH17. Semua meninggal. Perkara yang terjadi di Sabah pun buat aku terkejut. Tak habis lagikah pasal Sultan Sulu yang dakwa sebahagian Sabah tu milik dia? Lagi menyayat hati bila tengok video-video di Palestin. Kanak-kanak menangis sambil baca al-Quran, ada yang tabah bila ibu bapa dia tinggalkan dorang atas sebab tertentu, tak menangis dan langsung tak salahkan mereka. Tapi kita? Salah sikit mula nak menuding jari pada ibu bapa kita. Itu mungkin perbezaan anak-anak di negara yang aman dan susah. Aku harap semoga semua yang terlibat dalam nahas kapal terbang itu ditempatkan dI syurga Allah. Dipermudahkan urusan di Malaysia dan di Palestin. Dikuatkan iman dan diistiqomahkan hati kaum muslimin dan muslimat agar kita kuat menghalang kuasa jahat menguasai kita. InsyaAllah.

Bila nak raya ni, semua dah pakat nak sebut benda yang sama. "Maaf zahir batin, kita kosong kosong eh" "Selamat hari raya semua" "Raya jangan lupa datang rumah tauuu" "Engko tak buat open house kee?" dan sewaktu dengannya. Tapi aku rasa, open house aku tak buat, orang nak datang rumah pun tak ada. Rumah pun macam dekat pedalaman tak ada apa spesalis yang orang nak datang sangat. Aku sunyi dan tak suka rumah aku sekarang. Besar dan kosong dan... :( 

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Jaga sopan dan santunnya,
Maaf andai terkasar bahasa dan ayat menyinggung perasaan semua.
Semoga kalian diberi rahmat dan rezeki yang mencurah. 

 zakat jangan lupa bayar okayy

xoxo,
peparipeliks

6 comments:

Cik Nadyya said...

entry sangattt deep.

kan? cerita pasal MH17. ya ALLAH,,, sedihhh nyaa.. tk sangop rasanya tgok tempat kejadian tuu,,. setiap kejadian ade hikmahnya.. yg org malaysia ni nak mnuding je.. ish stress plak -,-

selamat hari raya gak dik ~ da tamo sedih2 nuh =)

Lee Wa Wan said...

selamat hari raya juga :) pray4gaza&mh370&mh17 :(

cik kiera said...

Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri . :)

paripari kecil said...

tahu takpe kak! gewam, kesian gak kat orang atas atas yang tengah tersepit antara dua tu~

hehe, mekasihh ^^,)

white lily said...

selamat hari raya yang kelima.. hehe.. keep praying ^___^

Anis Ifham said...

Sambut raya secara sederhana itu lebih baik. Ingatkan akak sorang je yang tak update blog, dia pun sama jugak rupanya. Selamat hari raya ;)

Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.