Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

Random Post

Assalamualaikum 

Lamanya tak berblogwalking dan update. Pe kabo semua kengkawan? Ceh ceh dah mula lah ni kan takdo ayat cantik sket nak buat kata-kata segak ni hah. Kesian hangpa duk tunggu cheq update blog sampai nak raya ni kan. Maaf ya semorang sebab aku ada hal sepanjang bulan puasa ni. Ada hal lah sangat sebenarnya P1 lupa nak bayar jadi ketangguhan sedikit nak update cerita baru. Baru berapa minggu aku tinggal komputer ni dah berhabuk sakan. Menampakkan di situ bahawa rumah dah lama tak berkemas. Bukan malas tapi kurang gemar bab habuk nihaa sebab aku asma -.- Geram sangat asik tenyeh hidung guna jari bila dah mula selsema.


Aku tak suka cakap pasal raya. Suka sambut tapi tak suka semegah sangat. Makin besar makin banyak dugaan hidup yang terpaksa aku fikir dulu sebelum nak beraya. Baju raya kadang aku beli masa malam raya. Yang tak lawa sangat tu (hehe) Kuih raya pun tempah yang sesedap aja. Dulu dan sekarang lain. Masa berubah, manusia berubah dan keadaan pun berubah. Tapi aku bersyukur masih hidup dalam duniawi dan sempat untuk bertaubat. InsyaAllah. 

Tahun ni banyak dugaan yang menimpa orang Malaysia terutama orang Islam. Ya, dengan kes kapal terbang MH370 tak jumpa lagi bertambah pula dengan pemberontak didakwa menembak kapal MH17. Semua meninggal. Perkara yang terjadi di Sabah pun buat aku terkejut. Tak habis lagikah pasal Sultan Sulu yang dakwa sebahagian Sabah tu milik dia? Lagi menyayat hati bila tengok video-video di Palestin. Kanak-kanak menangis sambil baca al-Quran, ada yang tabah bila ibu bapa dia tinggalkan dorang atas sebab tertentu, tak menangis dan langsung tak salahkan mereka. Tapi kita? Salah sikit mula nak menuding jari pada ibu bapa kita. Itu mungkin perbezaan anak-anak di negara yang aman dan susah. Aku harap semoga semua yang terlibat dalam nahas kapal terbang itu ditempatkan dI syurga Allah. Dipermudahkan urusan di Malaysia dan di Palestin. Dikuatkan iman dan diistiqomahkan hati kaum muslimin dan muslimat agar kita kuat menghalang kuasa jahat menguasai kita. InsyaAllah.

Bila nak raya ni, semua dah pakat nak sebut benda yang sama. "Maaf zahir batin, kita kosong kosong eh" "Selamat hari raya semua" "Raya jangan lupa datang rumah tauuu" "Engko tak buat open house kee?" dan sewaktu dengannya. Tapi aku rasa, open house aku tak buat, orang nak datang rumah pun tak ada. Rumah pun macam dekat pedalaman tak ada apa spesalis yang orang nak datang sangat. Aku sunyi dan tak suka rumah aku sekarang. Besar dan kosong dan... :( 

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Jaga sopan dan santunnya,
Maaf andai terkasar bahasa dan ayat menyinggung perasaan semua.
Semoga kalian diberi rahmat dan rezeki yang mencurah. 

 zakat jangan lupa bayar okayy

xoxo,
peparipeliks

InsyaAllah

Assalamualaikum

Hi semua orang :) Dalam bulan puasa ni aku rasa ramai orang meninggal dunia. Sebelum ni, bulan bulan lain pun ramai juga yang meninggal. Bila aku dengar orang terdekat dalam keluarga aku dah tak ada rasa sayu pun ada. Sedih jangan cakaplah kan. Tapi kena relakan sebab takdir dia Tuhan dah tetapkan sebegitu. 

Bercakap soal penduduk di Palestin, ramai sangat yang tak puas hati tentang perlakuan tentera Israel. Aku tak banyak ilmu tentang perkara macamni, yang aku tahu Israel dan yahudi sama-sama teruk dan tak boleh dipercayai. Langsung tak ada hati bila mereka membunuh dan perkosa wanita di sana. Jangan percaya orang Barat walaupun dorang cakap dorang kesian. Itu semua onar dorang. Padahal dorang pun tali barut untuk jatuhkan Islam. 

Sebenarnya mak aku banyak tengok berita terkini tentang keadaan di sana. Aku tak sanggup tengok video yang mereka rakamkan untuk tunjuk betapa berkuasanya mereka di sana. Aku tak sampai hati nak lihat, saudara Islam sendiri dibakar hidup-hidup, bayi dibunuh macamtu je. Aku tak berani nak cakap bukan bukan pasal penduduk Palestin. Tapi Israel memang teruk dan penakut. Mereka tak ada negara dan menggunakan kekerasan untuk rampas negara orang. Dan boleh nampak, orang yahudi takut terhadap Islam. Mungkin terlalu takut sampaikan sanggup buat apa je untuk kepentingan mereka. Bunuh, perkosa, seksa dan macam-macam lagi yang kita sendiri tak terfikir untuk buat benda macamtu.

 Kalau diberi bantuan pun, mesti dah disekat dengan tentera Israel kat sana. Aku taktahu orang sana rasa apa bila tiap hari ada perang, kekurangan dalam semua benda. Hati dan jiwa kena kuat untuk hadap dan terima semua tu. Kalau aku berada di tempat mereka, aku tak pasti aku masih boleh teruskan hidup @ tidak. Doakan yang terbaik buat penduduk di Palestin, mungkin di dunia mereka tak dapat kebahagiaan seperti penduduk di negara lain. InsyaAllah, Allah tempatkan mereka di syurga untuk terima kebahagiaan yang setimpal kelak. Amin~ 

Mungkin apa yang aku perkatakan ada yang benar dan salah.
Mohon perbetulkan segala silap yang terkandung di sini. 
Dan please, #prayforgaza 

Allah beri ujian, mungkin kerana Dia sayang dan Dia tak akan beri dugaan melebihi kemampuan manusia.

xoxo, 
pariparipeliks

Too wordless?

Assalamualaikum

Dah masuk hari ke enam puasa, alhamdulillah aku dan orang kesayangan masih diberi peluang untuk menjalani ibadah dalam bulan ramadhan ni. Ehem, kalian apa khabar? Sihat? Ya akhir-akhir ni aku semakin kurang semangat untuk menaip di blog sendiri sebab kekurangan mood dan takada idea. (blergh) *ayat biasa dak dak bloggers. Hihi~

Korang berbuka lauk pauk sedap ke tak? Beli ke tolong mak masak dekat dapur tu? Untuk perempuan, bagus la ya boleh jadi isteri sholehah untuk para suami kelak. Bagi lelaki pula jangan ingat anda lelaki harus goyang perut sambil menonton tv ya, bantulah sikit-sikit mak di dapur beli barang yang tak cukup ke apa. Lebih afdhal dan dapat pahala. Ye dak?

Akhir ni aku layan cerita korea dekat tonton sebab bosan dia sampai boleh terfikir bab makanan bila siang. Mana tak bosan suri rumah kan, harap kalian semua memahami bila aku kekurangan idea untuk berkata-kata dalam blog ni. Dan harap juga kalian menyokong segala perilaku aku di sini (eceh!) Layan korea je sebab aku suka loghat dia bila bercakap, bukan soal mereka hensem atau comel. Itu semua dusta dan sandiwara dunia. Sana kan banyak retis buat pembedahan plastik jadi aku tak over sangat suka. Cuma yang betul-betul lelaki macho je lah ngam bila sebut pasai korea ni. Huhu =_='


sumber;google

FLOWER BOY NEXT DOOR mak yang kenalkan mereka pada aku. Sebab mak kata Go Dok-mi tu macam aku. Apa lah pelik sangat samakan aku dengan dia? Mak kata aku susah nak keluar rumah pergi kedai beli makanan, susah nak keluar rumah pergi gerai tepi jalan beli kuih, suka terperuk layan komputer saja. Oh itu kemungkinan besar ya kalian. Yang penting aku tak suka rambut Que Geum lepas dia balik dari Sepanyol. Comot dan buruk gila -.- It' has a good ending sebab akhirnya Oh Jae Won jumpa perempuan yang sama macam Go Dok-mi. Yey! Jadi tak adalah sad ending and lifeless sangat hidup dia. At least kan (hehe) Sekarang aku dalam misi tonton cerita I NEED ROMANCE 2 sebab Yoon Seok-hyun hensem bak ang! 


Jaga diri, iman, akal dan orang sekeliling 
agar dipermudahkan urusan kalian untuk jalani ibadah kali ini ya.
Khol? Basha! ;)

Bila kau buat sesuatu, ramai orang pertikaikan kerana mereka bosan lihat kau buat perkara yang sama. Dan berulang.

xoxo,
pariparipeliks
Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.