Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

Wow gitchew!

Assalamualaikum 

Lamanyaa tak update entri baru! (muehehe) Padahal baru dua hari. Iyalah dua hari lepas aku keluar jimba dengan kawan sekolah memandangkan dua orang dari geng kami nak sambung study weekend ni. Alhamdulillah, rezeki dorang kan. Aku pun tengah tunggu intake untuk akhir tahun ni. Kakak aku kata ada. Kalau takada tu aku tunggu next year punya intake lahh. Takapalah memasing lelaju nak pi belajar, haa pi lahh. Aku buatlah kerja apape nanti. Rasanya before bulan puasa nak cari kerja area bukit bintang. Nanti raya takdelah sesak sangat nak pakai duit kan. Kaya sikit boleh menunjuk kat kengkawan (hehe) 


Dua hari ni juga aku kurang sihat. Mungkin sebab keadaan Malaysia yang makin panas ni. Lama tak dengar bunyi guruh, lama tak dengar air hujan kena kat tingkap bilik aku. Rindu. Panas. Aku demam. (isk isk isk) Aku rasa dah minum banyak air masak tapi tetap juga rasa kekeringan yang teramat. Badan ni panas gila, pening tu takyah ceritalah rasa macam nak hentak kepala kat dinding pun ada (cehhhhhhhhh!) Hari ni baru kurang sikit sebabtu berlegar-legar kat laman blog ni. 


Aku nak cerita pasal makanan. Semua jenis makanan macam seri muka ke, udang masak merah ke, kerabu mangga ke. Uihhh terliur pula. Memandangkan aku memang sangat teruja bab makanan ni, apa yang family aku buat aku makan. Sebabtulah agaknya badan aku berisi. Semua makanan nak telan sampai tak ingat dunia kan. Bab makanan memang aku susah sikit nak berhenti KECUALI bila aku dah kenyang gila sampai tekan perut guna jari telunjuk, rasa keras. Yeah teruk sikit perangai aku ni. Susah nak berhenti, nafsu makan membuak.


Memandangkan aku ni bukan tergolong dalam golongan keluarga yang kaya dan berada, aku mampu beli tapi aku rasa macam membazir beli makanan yang mahal semata untuk perut sendiri. Atok aku kata tak baik berkira dalam soal makanan tapi.... Kalau dah takada duit lepas beli makanan tu cemana pulaa? :( Kalau atok aku beli makanan yang mahal macam anggur takada biji tu around rm20++ mesti aku membebel macam mak enon membazir ke apa. Lepas aku dah berhenti bebel tu atok pula sambung bebel cakap aku ni berkira sangat ke apa. Alaaaaaaaaaaa bukannya berkira sebenarnya, aku rasa bukan ke kita patut bersederhana dalam semua benda termasuk makanan. "Bukan beli selalu... Sekali sekala kan. Kamu jangan mengada eh..." - Atok -.-' Aku pula yang mengada. Uishhhh. Sekarang aku nak bagitahu makanan yang aku belum pernah makan. So let see if korang dah makan, komenlah macam mana rasa dia okayy :)


1. Macaroons



sumber; google

Kawan aku semua dah pernah rasa macaroons ni dan aku rasa aku sorang je manusia dalam dunia ni belum rasa. Sadis gilaa -.- Bila memasing cerita pasal makanan ni aku diam macam orang bisu pun ada. Tak tahu nak describe macam mana rasa and tekstur dia bila makan. Haritu terjumpa macaroons kat Delifrance tapi tak beli pun, banyak kali terserempak pun aku hanya mampu pandang dari jauh sebab seketui kecik tu RM3++ Hmmmmmmm :(

2. Lasagna

sumber; google

Ini lagi satu, beberapa hari lepas kawan aku kata nak buat lasagna. Katanyalahhhhh, lepas dah jumpa meminum semua dia boleh kata leceh pula. Geramlah sikit sebab takpernah rasa. Aku pula kalau pergi secret recipe cuma beli kek je benda lain takada lah. Takpernah duduk kat cafe dia. Cuma beli kek dan makan dekat rumah lagi surga namanya (hehe) 


Dua je makanan omputeh yang aku tak pernah makan dan kempunan sangat. Tapi sebab sifat kedekut nak belikan untuk diri sendiri, aku senyap takut nanti kena bash dengan family sebab kedekut (ngehngehngeh) 




sumber; google

Aku pernah pergi langkawi dan waktu tengahari masa untuk lunch, makan dekat gerai tepi jalan. Kakak aku amik makanan pelik sikit. Orang sana kata nama dia kerabu beronok. Amboi, nama pun macam sedap. Family aku try makan dari pinggan kakak aku, sorang sikitlah takut tak habis pula. Sedap. Rasa macam siput sedut chewy chewy sikit.



sumber; google

 Lepastu terdetik dekat hati pula nak google tengok rupa sebenar dia. O men! Rasa macam nak terkeluar anak tekak aku. Tapi tak apalah, at least aku try makanan eksotik kat sana. Cuma... hehe tulah, geli sikit je... Mak kata kalau kerabu dia tak masak tapi taktahulah dengan gaya dia macamni lepas aku tengok belah atas tu macam dia rebus kejap tapi aku taktahulahh -.-' Apapun yang aku makan walaupun aku kata aku geli, hakikatnya aku dahpun makan. 

Betul orang kata, pergi negeri/negara lain luas pengalaman dan pengajaran.

xoxo,
pariparipeliks



17 comments:

Cik Nadyya said...

bagus2 think positifff ^^

Macaroons? alolo comel.. tp mkn pon xpnah ni. lasagna pon xpna. mcm sodap lak.. macam pasta ke tu? -,-'

beronok? aduii.. tk selera dibwtnyaa ngok gambaq bawah tuh. hikhik

paripari kecil said...

sama ghupanya dengan akak! haha,
tahu takapa, klu google before makan kompom takada selera nak makan wooo! hehe

Anis Adnan said...

Macaroons tak pernah rasa lagi. hewhew~

Gambar last sekali tu apa? Geli la. -_-'

Ying Jeffrey said...

Macaroons mmg mahal sikit. Tapi, we must try at least once in life:) tak pun, buat sendiri. Kat YouTube banyak. Haha

paripari kecil said...

samalah kita.. sedih betul. huhu~

geli kan tapi kalau makan before kamu tengok gambar dia, mesti kamu tambah.
sebab sedap!

paripari kecil said...

kompom la kena try. huhu, tungguu kita update pasal macaroons ^^

Cik Nadyya said...

hehehe akak jarang makan benda yg jarang akak lihat. kihkih

tulaa naseb da dlu kat sni. soo lepasni memang tk makan la. hahahaha

Yun Sing said...

Weyh semua ni tak pernah makan.. tak pernah dengar pun.. ni memang siyes katak bawah tempurung kan? :( Tapi kalau keluar mana-mana kan.. mesti berlambak makanan kite beli.. Makan je kerja xD

Lieya Yaya :) said...

tak pernah makan macaroons . teringinnya :D

white lily said...

Macaroons mahal tapi sedap. mungkin cara nak buat tu comlicated sgt kot. aaa, lasagna pulaaa.. dulunya tak tahu pun lasagna tu apa, ingatkan laksa. hahaha, damn! tapi lepas member tunjuk, ooo.. natang ni. terkesima seketika.

paripari kecil said...

haha sama je. badan je makin kembang entah apape -.-'

paripari kecil said...

pi lah try beli lepastu bagitau kita rasa apa... hehehe :)

paripari kecil said...

tulah pasal padahal kecik gila kot tak puas nak makan =.='

haha, dulu ingat lasagna tu daging masak dgn cheese. rupanya macam kuah spegeti lepastu letak cheese kt atas.

paripari kecil said...

apelar... haha, ni mesti kes geli punya pasal :D

Lee Wa Wan said...

erkkk... pengsan jap tengok beronok tu... ahahahaha... amacam??? dramatik kan wan ni... ahahahahaha

paripari kecil said...

belum makan dah pengsan! uishhh, haha itu semua poyooo :P

Irrayyan said...

Bw :)
Salam singgah dari irra
http://www.irrayyan.com

Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.