Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

Welcome Ramadhan

Assalamualaikum


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak!


Hello bello gaissss :) Lusa dah puasa, moga hari hari kita pada bulan ramadhan ini dipermudahkan olehNya. Jangan lupa untuk cari malam Lailatul Qadar. InsyaAllah diketemukan. Jangan tinggal ibadah kita dan moga ditetapkan hati untuk taqwa kepada Allah s.w.t Nanti nak dekat raya jangan lupa bagi kad raya versi blog okay ;) 

Dulu waktu sekolah rasa macam duduk dekat padang pasir, Mesir nun sebab aku jalan kaki pergi/balik sekolah. Biasalah waktu bulan puasa cuaca jarang hujan. Selalu mesti panas terik gila sampaikan balik sekolah aku rasa kaki aku panas sebab jauh menapak dari sekolah ke rumah. Demi mencari keberkatan, ku gagahkan juga. Yang kawan aku semua call ayah suruh ambil dekat sekolah. Hampeh~ 

Bulan puasa tahun ni aku sambut dengan kesederhanaan sahaja sebab sebelum ni aku sekeluarga beli makanan sampai tak ingat dunia tau. Bila berbuka makan tak habis pun. Nampak tak pembaziran di situ? Kawan syeton nirajim namanya tu kengkawan~ So aku cuba untuk menahan nafsu beli makanan yang pelbagai tu. Cuba jelah walaupun kau tahu benda tu takkan jadi bila kau kat bazaar nanti -.-' Lagi satu, aku rasa bulan ni aku kena makin gigih sebab aku yang jadi chef sepenuh masa. Malas nak cerita panjang. Kita tengok nanti aku post makanan apa sepanjang bulan puasa nanti (muehehe) 

Pengalaman puasa:

Ceh macamlah benda baru (hehe) Aku mula puasa umur lapan tahun tapi bukan bebetul pun. Macam dah tua sangat kan baru nak puasa. Sahur aku bangun tapi dah siang tu agak agak aku tak tahan, mak kasi greenlight untuk kasi ektip balik. Kiranya baru nak mula belajar untuk puasa lah. Mak pun tak nak paksa takut nanti aku menipu lagi parahh -.-' Full time puasa masa umur sebelas tahun kut. Aku lupa. Tapi memang menguji fizikal dan mental betul. Tak kuat. Haus. Kering. Rasa macam nak innalillah. Kompom lah rasa macamtu sebab bebudak. Sekarang okay kut (muehehe)

Jangan fikir benda bukan bukan, insyaAllah dipermudahkan ramadhan kali ini.

xoxo, 
pariparipeliks



21 comments:

Cik Nadyya said...

wowww! cheff spenuh masa tuu.. same la akak..

tapi akak dr puasa taun laa.. hahaha
sampai naek jemu makan lauk sendrik nihh -,-'

Cik Nadyya said...

*taun lepas

Ayat tercicir pulekkk. hikhik maap2 =p

Amanina Mads said...

selamat berpuasa ya el sekeluarga :)

Anis Ifham said...

selamat menjalani ibadah puasa :)

Linda Ishak said...

Selamat berpuasa..??

Teena Tna said...

Puasa dekat sekolah best jugak. Sebab duk asrama, ade jer aktiviti yg boleh dibuat. Terasa terisi jugak lah. Sekarang semua (makanan rohani) kena carik sendiri.
Salam ramadhan :)

paripari kecil said...

saya yang baru mula tahun ni pun dah jemu makan lauk sendiri kak!
haha selamat berpuasa :)

paripari kecil said...

selamat berpuasa dan bersahur juga :)

paripari kecil said...

jangan tinggal okay kak! ;)

paripari kecil said...

salam ramadhan juga :)

paripari kecil said...

biasalah student bestlah macamtu kann.
boleh berdikari...
selamat berpuasa! :)

Azwar Syuhada said...

Salam ramadhan..

Cik Nadyya said...

akak lagi laa. sejak bhenti keje . samb. balik jadi cheff. fuhh bosann makan mskan sendiri. nak wat cmne kan. hihi tapi seronok gak.. dapat masak kan untuk family sendiri. mne tahu pasni utk bakal suami lak. hewhew

Haura Marissa said...

selamat berpuasa..siyesly..dah tak ingat bila first time puasa..hahahahaha..otak dah tak boleh nak cerna nie..

Pykaa Pdott said...

Salam rmadhan sis :)

white lily said...

selamat berpuasa kak ^___^

paripari kecil said...

salam ramadhan azwar ^_^

paripari kecil said...

amboi takboleh nak cerna.
huhu selamat puasa jugakkkk :D

paripari kecil said...

selamat berpuasa pykaa :D

paripari kecil said...

tahu takpe. lelagi kena puji kan lagilah melambung~ haha
amboi kak gatainyaaa! haha

paripari kecil said...

mekasih naalisa ;)

Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.