Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

School's Alert

Assalamualaikum 

Hai semua how's your day? Seronok kan dah habis cuti sekolah? Homework masing-masing kompom banyak, lagi-lagi dekat budak form3 dengan form5. Bukan nak kata apa la tapi dulu aku macamtu jugak. Packed gila dengan homework yang takpernah habis. Cikgu pula macam ada masa je nak check semua kerja yang dia bagi tu. Macam takada life pun ada tau sebab balik sekolah terus buat kerja rumah sebab takut kena marah atau denda dengan cikgu. Masa aku form3 aku pernah kena denda jalan itik keliling bangunan. Buruk benau perangai. Kadang bagi jawapan yang salah pun kena denda. Bagi seploh sen lah, kena sebatlah. Hmm! Tapi bagus juga. Masa sekolah je kita buat semua tu, lepas sekolah takada dah. Kau fikir siapa nak denda kau seploh sen kalau tak bagi jawapan yang betul? Jangan buat laka-laka dekat sinilah. (ehem!)

Well, siapa tak rindu dengan zaman sekolah kan? Macam-macam kau boleh gain daripada sana. Kat sana juga kau belajar macam mana nak hidup berdikari. Orang kata zaman sekolah ni zaman bawah ketiak parents sebab... Alah mentah lagi, hingus pun suruh mak yang lapkan. Balik sekolah pun suruh ayah yang ambil. Tapi aku bukan macamtu. Aku rasa aku ni bukanlah kurang kasih sayang, tapi dengan didikan ayah yang garang dan tegas tu buat aku jadi lebih indipendent. Aku malas nak susahkan mak bapa aku semata untuk kesenangan diri aku. Balik sekolah, aku jalan kaki. Even jauh macam mana pun, lama macam mana pun, kau sampai juga. Setakat 2km dari rumah ke sekolah tu kacang la beb. Bangga pulak dia. 

Dekat sekolah aku rasa macam aku ni pelik sebab ramai yang kata aku pelik. Kenapa? Aku pun tak tahu. Kadang aku cakap sikit pun dorang kata aku pelik. Tapi aku tak heran lah. Bukan aku kacau dorang. Yang penting aku hapy dengan hidup aku. Aku tak ramai kawan sebab aku budak pendiam tapi takdelah baik sangat. Pernah je aku kenakan musuh aku dulu. Sebab dia bajet lawa nyampah aku -.- (musuh tau, jangan memain!) Tapi sekarang dah baik. Yelah dah besar kan. Dah jadi anak dara kan. Kenalah jaga tatasusila dan tatatertib. Nanti takada siapa pula nak meminang. (hewhew!) 

Sekarang pun jarang aku nak communicate and hangout dengan budak sekolah sebab masing masing dah busy dengan kerja dan ada yang dah sambung belajar dahpun. Dunia ni adil. Aku sabar menunggu second intake. Yang lain tu ada yang masuk form6, ada yang sambung dekat MARA, ada yang sambung dekat kolej swasta. Mungkin dorang takut sebab tak dapat mana mana kot. Tak apa, aku pun tak nak gopoh. Rezeki masing masing kan. 

Yang penting aku tahu apa yang aku buat tak nyusahkan parents. 

xoxo,
pariparipeliks

10 comments:

white lily said...

goodluck yaa kak. ^___^ take care, xoxo.

Lee Wa Wan said...

sedih berpisah dengan kwan2 kan... :(

paripari kecil said...

terima kasih :) take care too!

paripari kecil said...

bukan dengan kawan2 je, dengan homework pun sama. :(

Cik Nadyya said...

yehh. rindu zaman skola. huh. masing2 da kawen..

bru abes skola ke? goodluck ^^

Yun Sing said...

Huhuhu kite sekarang ni form 3.. banyak kerja bertimbun-timbun tapi tak pernah nak buat xD Hahaha.. Dekat sekolah pun orang kata kite pelik.. entahlah sebab apa .__.

paripari kecil said...

tulahhh yang lain pun macam takada perasaan bukan nak bt gathering ke apa.
ha'aaaaa mekasihhh :)

paripari kecil said...

Buatlahhhh nanti nyesal tau tak buat semua tu bila dah habis belajar nanti ~.~
Kita samalah dik kenapa lah en. Sokay, just be the way you are :)

Nora Karim said...

Kenangan masa sekolah mmg yang paling best!

paripari kecil said...

tulaaaa rindu juga walaupun baru setahun tinggalkan sekolah :'(

Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.