Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

Lovestruck

Assalamualaikum

Sehari update blog sampai dua tiga kali tau. Nampak sangat teruja jadi manusia yang tak dikenali ni. Ahaks! Bila jadi macamni aku rasa bebas untuk lontarkan apa sahaja ayat yang aku inginkan tanpa rasa segan atau takut. Sebab tak ada siapa yang mengenali diri ini. Aku rasa aku lebih selesa bersendirian tanpa teman yang rapat daripada bercampur. Aku tak pandai berkata-kata. Aku kurang keyakinan bila bercakap dengan manusia. Lagi-lagi strangers yang tiba-tiba datang dalam hidup kau. Rasa seram pun ada kan? 

  
sumber; tumblr

Topik aku sekarang macam geli pun ada, macam tak nak cerita pun ada. Sebab semuanya berkaitan dengan hati. Kalau dah berkaitan dengan hati mestilah pasal cinta. Tak kisahlah cinta pada kekasih, sahabat, keluarga dan sesama manusia. Mak cakap cinta pada Tuhan dan Rasul itu lebih utama. Kerana kalau lupa, hancurlah diri kita. Ya, aku setuju dengan apa yang mak kata. Setiap agama punya hukum syarak yang kita kena patuh agar lebih terbimbing sifat kita. Dalam soal cinta, kita kenalah kasihi pada yang Satu dulu. Kemudian baru bercinta sesama manusia dengan perlindungan dan tata tertib agama. 


Cinta ini luas. Sesiapa pun boleh bercinta. Aku pun pernah bercinta. Cinta itu manis dan seronok. Terlalu seronok kalau kita betul-betul dijalan yang lurus. Aku pernah kecundang kerana cinta. Aku pernah menangis. Tapi.... Apedehal? Cinta pada Allah lebih menenangkan daripada cinta pada manusia. Tak apa, aku tak kecewa kerana dia tolak aku. Aku bersyukur kerana aku tahu Dia akan beri yang terbaik untukku. Walaupun jauh dari sudut hati ini, perasaan rindu menyelubungi diri. Aku tak kisah. Aku kuat bila keluarga dan teman selalu bersama aku. 


Mungkin aku tak sesempurna yang dia ingin tapi aku tahu, jodoh pasti bertemu. Kalau dah ditakdirkan aku dengan dia di luh mahfuz, aku redha. Dulu aku begitu ketagih untuk bersamanya. Takut untuk jadi perempuan kesorangan. Lifeless. Aku sedar aku cuma bermain dengan bayangan aku sendiri. Kalau aku kuat, aku tak fikir semua tu. Aku tak teruskan melayan lelaki yang tak pernah menghargai aku. Buat apa menagih simpati pada orang yang tak perlukan kita? Menangis, sedih, kecewa atau perkara negatif yang sepatutnya seorang perempuan lakukan bila berpisah dengan kekasih jadi lain pada aku. Ke aku yang pelik? Ah entahlah. Aku cuma mahu ucap tahniah dan selamat berjaya pada kau. Tahniah krn mampu melepaskan wanita yang kau sayang kerana ego. Selamat berjaya di menara gading, moga kau dilimpahi rezeki yang mencurah. 



sumber; tumblr

Cinta pada keluarga? Aku seronok bila bersama mereka. Walaupun kadang menyakitkan hati. Mana ada manusia sempurna. Aku abaikan saja apa yang jadi. Biar dan terus hanyutkan semua itu untuk mengelakkan pergaduhan. Perselisihan faham. Aku benci semua itu. Detik indah yang selalu aku dan mereka lalui sangat bermakna untuk aku. Keluarga itu tempat untuk aku berkongsi pengalaman hidup, suka dan duka. Teruk manapun sifat dan sikapku pada mereka, aku tahu mereka tetap menerimaku apa adanya. Terima kasih.

sumber;tumblr

Rakan pula? Aku tak ada idea bila ku sebut tentang mereka. Jiwa yang mereka berikan pada aku buat aku rasa selamat untuk berkongsi momen rahsia. Girl's secretlah kunun..... Kadang nasihat dari keluarga dan rakan beri kita semangat baru untuk teruskan perjalanan hidup. Berkongsi minat dan lakukan perkara yang sama. Sangat menyeronokkan. Terima kasih. Aku seronok bersama mereka. Yang penting aku gembira dan bersyukur dengan kurniaan rezeki yang Tuhan beri.

Cinta pada manusia itu sementara. Cinta pada Tuhan itu kekal abadi. 



xoxo, 
pariparipeliks

No comments:

Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.