Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

Changes;

Assalamualaikum

Last weekend haritu ada kenduri tahlil dan bacaan yasin kat rumah makcik aku. Best gilaa sebab dah lama tak gathering macamtu. Bila dah tidur sana dua hari rasa lambat gila masa berlalu. Dan aku tersangatlah stress sebab kena duduk jejauh daripada bilik, cerita korea, nak masak benda yang aku suka pun susah sebab kat rumah orang kan. Tak sama dengan rumah sendiri T___T 

Lepas balik Kuala Lumpur, aku terus demam. Mana taknya duduk kat sana panas dia Ya Allah sampai aku tidur atas lantai pun boleh berpeluh juga. Demam teruk sekali pekej dengan selsema dia, pening dia, sakit tekak dia, dengan jerawat bawang dagu dia (eh) Dugaan betul kan? 

sumber; google


Masa dah lama tak jumpa saudara belah mak ni, aku perati je perangai masing-masing. Banyak betul yang dah berubah. Oh yaa manusia kan memang berubah-ubah. Tak kisah lah kepada yang lebih baik atau yang buruk. Tapi yang paling ketara pakcik aku. Dulu dia dingin gila dengan kitorang. Maksud aku the whole family aku. Nak dengar dia berbual dengan kami pun jauh sekali, problem dia dengan bini dia aku taktahu menahu tapi aku rasa dorang baik-baik aja. 

Tapi sekarang, bila dia buat kenduri ni dia yang paling banyak cakap, gelak pun ikut sukahati dia. Dia takpernah pun cakap dengan aku tiba-tiba boleh tanya aku "Ada nak tengok cerita indonesia tak memalam ni?" sebab dia nak tengok bola. Kan sekarang demam bola. Aku gelak hambar, tetibe kan? Aku tak expect pun dia boleh berubah sedrastik macamtu. Dari lelaki yang tak banyak cakap, suka diam dan jarang nak bercampur jadi sebaliknya pula sekarang. It was a positive way, tak adalah orang takut takut nak berbual dengan dia. Daebak! (hehe)

And lagi satu, dulu aku PRS dekat sekolah jadi ramai yang selalu cerita masalah dorang. Tapi aku suka dengar sorang perempuan ni bercerita pasal kisah hidup dia. Nama dia Amisha(nama samaran) Dia kuat sangat bila orang mula bercakap pasal family dia. Kuat. Tapi aku tak tahu hati dia, banyak betul dia kena tahan, kena terima. Kadang dia menangis depan aku. Sampaikan teman lelaki dia pun tak faham kenapa dia berubah. At last, dia stay alone without anyone besides her. Kadang tersentuh juga dengan apa yang dia ceritakan. Kadang manusia berubah bukan kehendak diri, tapi keadaan memaksa untuk berubah, jadi lebih kuat dan tak mudah mengalah. Aku salute dengan budak perempuan tu. Sekarang dia tingkatan lima. Hopes everything change before raya nanti :) Doakan yang baik baik yek korang!

People changed kan? Aku rasa aku pun dah banyak berubah sebab sejarah. Dulu aku manja entah hapape orang lempang sikit nak melalak bagai. Kau rasa? Cengeng gila ye dak? Sekarang aku yang lempang bebudak cengeng bagai tu. Kahkahkah! Aku tak suka nak layan benda kecil, tak suka amik tahu masalah orang lain, malas nak fikir pasal perasaan. Sekarang duduk rumah goyang kaki sampai gemuk, baru puati. Sekarang, korang rasa korang ada tak berubah atas sebab tertentu? Cer komen sikit :)

Kalau orang tak faham kenapa kau berubah, lebih baik kau angkat kaki daripada hidup mereka.

xoxo,
pariparipeliks

14 comments:

Anis Ifham said...

manusia boleh berubah :)

Lee Wa Wan said...

yup... people change :(

Cik Nadyya said...

semua orang bole brubah. dr xmatang kepada matang. dr kuat nanges kepada da xreti menanges. dr manje kepada kasar! errr macam cakap diri sendiri jee. hahahaha hidup kan.. sentiasa berputar2 ^^

paripari kecil said...

aip macam sama je. haha
kadang ada juga manusia yang tak boleh terima kita berubah. sedih~

paripari kecil said...

ai, macam sedih pasal gelpreng je :)
*sorry. huhu

paripari kecil said...

kannnn? harap berubah pada yang lebih baik :)

Miss Boo said...

lumrah manusia. ada masanya akan berubah dari negatif kpd positif dan sebaliknya. :)

eyqa yushaiza said...

semua manusia berubah, kita pun berrubah. either in bad or good ways. pity your friend, it must been really hard on her. :')

paripari kecil said...

macamtulah kak~
tapi kesian kalau someone yang tak sempat nak berubah tu..
you know what I mean~ hehe

paripari kecil said...

yeahh. hehe,
yaps, doakan kehidupannya dipermudahkan ya :')

Hafiza AizZawa said...

alhamdullillah kalau berubah ke arah kebaikkan...

paripari kecil said...

slow slow lama lama jadi bukit! :)

white lily said...

peoples changes, memories don't, eh eh eh.. mcm takde kaitan je. hehehe. daripada negatif bertukar ke positif, dah okaylah tu. mungkin dah hilang apa yang dia pendam dulu.

paripari kecil said...

memangpun! haha,
mungkin juga.

Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.