Selamat datang ke pariparipeliks punya belog! ;)

Welcome Ramadhan

Assalamualaikum


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak!


Hello bello gaissss :) Lusa dah puasa, moga hari hari kita pada bulan ramadhan ini dipermudahkan olehNya. Jangan lupa untuk cari malam Lailatul Qadar. InsyaAllah diketemukan. Jangan tinggal ibadah kita dan moga ditetapkan hati untuk taqwa kepada Allah s.w.t Nanti nak dekat raya jangan lupa bagi kad raya versi blog okay ;) 

Dulu waktu sekolah rasa macam duduk dekat padang pasir, Mesir nun sebab aku jalan kaki pergi/balik sekolah. Biasalah waktu bulan puasa cuaca jarang hujan. Selalu mesti panas terik gila sampaikan balik sekolah aku rasa kaki aku panas sebab jauh menapak dari sekolah ke rumah. Demi mencari keberkatan, ku gagahkan juga. Yang kawan aku semua call ayah suruh ambil dekat sekolah. Hampeh~ 

Bulan puasa tahun ni aku sambut dengan kesederhanaan sahaja sebab sebelum ni aku sekeluarga beli makanan sampai tak ingat dunia tau. Bila berbuka makan tak habis pun. Nampak tak pembaziran di situ? Kawan syeton nirajim namanya tu kengkawan~ So aku cuba untuk menahan nafsu beli makanan yang pelbagai tu. Cuba jelah walaupun kau tahu benda tu takkan jadi bila kau kat bazaar nanti -.-' Lagi satu, aku rasa bulan ni aku kena makin gigih sebab aku yang jadi chef sepenuh masa. Malas nak cerita panjang. Kita tengok nanti aku post makanan apa sepanjang bulan puasa nanti (muehehe) 

Pengalaman puasa:

Ceh macamlah benda baru (hehe) Aku mula puasa umur lapan tahun tapi bukan bebetul pun. Macam dah tua sangat kan baru nak puasa. Sahur aku bangun tapi dah siang tu agak agak aku tak tahan, mak kasi greenlight untuk kasi ektip balik. Kiranya baru nak mula belajar untuk puasa lah. Mak pun tak nak paksa takut nanti aku menipu lagi parahh -.-' Full time puasa masa umur sebelas tahun kut. Aku lupa. Tapi memang menguji fizikal dan mental betul. Tak kuat. Haus. Kering. Rasa macam nak innalillah. Kompom lah rasa macamtu sebab bebudak. Sekarang okay kut (muehehe)

Jangan fikir benda bukan bukan, insyaAllah dipermudahkan ramadhan kali ini.

xoxo, 
pariparipeliks



Changes;

Assalamualaikum

Last weekend haritu ada kenduri tahlil dan bacaan yasin kat rumah makcik aku. Best gilaa sebab dah lama tak gathering macamtu. Bila dah tidur sana dua hari rasa lambat gila masa berlalu. Dan aku tersangatlah stress sebab kena duduk jejauh daripada bilik, cerita korea, nak masak benda yang aku suka pun susah sebab kat rumah orang kan. Tak sama dengan rumah sendiri T___T 

Lepas balik Kuala Lumpur, aku terus demam. Mana taknya duduk kat sana panas dia Ya Allah sampai aku tidur atas lantai pun boleh berpeluh juga. Demam teruk sekali pekej dengan selsema dia, pening dia, sakit tekak dia, dengan jerawat bawang dagu dia (eh) Dugaan betul kan? 

sumber; google


Masa dah lama tak jumpa saudara belah mak ni, aku perati je perangai masing-masing. Banyak betul yang dah berubah. Oh yaa manusia kan memang berubah-ubah. Tak kisah lah kepada yang lebih baik atau yang buruk. Tapi yang paling ketara pakcik aku. Dulu dia dingin gila dengan kitorang. Maksud aku the whole family aku. Nak dengar dia berbual dengan kami pun jauh sekali, problem dia dengan bini dia aku taktahu menahu tapi aku rasa dorang baik-baik aja. 

Tapi sekarang, bila dia buat kenduri ni dia yang paling banyak cakap, gelak pun ikut sukahati dia. Dia takpernah pun cakap dengan aku tiba-tiba boleh tanya aku "Ada nak tengok cerita indonesia tak memalam ni?" sebab dia nak tengok bola. Kan sekarang demam bola. Aku gelak hambar, tetibe kan? Aku tak expect pun dia boleh berubah sedrastik macamtu. Dari lelaki yang tak banyak cakap, suka diam dan jarang nak bercampur jadi sebaliknya pula sekarang. It was a positive way, tak adalah orang takut takut nak berbual dengan dia. Daebak! (hehe)

And lagi satu, dulu aku PRS dekat sekolah jadi ramai yang selalu cerita masalah dorang. Tapi aku suka dengar sorang perempuan ni bercerita pasal kisah hidup dia. Nama dia Amisha(nama samaran) Dia kuat sangat bila orang mula bercakap pasal family dia. Kuat. Tapi aku tak tahu hati dia, banyak betul dia kena tahan, kena terima. Kadang dia menangis depan aku. Sampaikan teman lelaki dia pun tak faham kenapa dia berubah. At last, dia stay alone without anyone besides her. Kadang tersentuh juga dengan apa yang dia ceritakan. Kadang manusia berubah bukan kehendak diri, tapi keadaan memaksa untuk berubah, jadi lebih kuat dan tak mudah mengalah. Aku salute dengan budak perempuan tu. Sekarang dia tingkatan lima. Hopes everything change before raya nanti :) Doakan yang baik baik yek korang!

People changed kan? Aku rasa aku pun dah banyak berubah sebab sejarah. Dulu aku manja entah hapape orang lempang sikit nak melalak bagai. Kau rasa? Cengeng gila ye dak? Sekarang aku yang lempang bebudak cengeng bagai tu. Kahkahkah! Aku tak suka nak layan benda kecil, tak suka amik tahu masalah orang lain, malas nak fikir pasal perasaan. Sekarang duduk rumah goyang kaki sampai gemuk, baru puati. Sekarang, korang rasa korang ada tak berubah atas sebab tertentu? Cer komen sikit :)

Kalau orang tak faham kenapa kau berubah, lebih baik kau angkat kaki daripada hidup mereka.

xoxo,
pariparipeliks

Wow gitchew!

Assalamualaikum 

Lamanyaa tak update entri baru! (muehehe) Padahal baru dua hari. Iyalah dua hari lepas aku keluar jimba dengan kawan sekolah memandangkan dua orang dari geng kami nak sambung study weekend ni. Alhamdulillah, rezeki dorang kan. Aku pun tengah tunggu intake untuk akhir tahun ni. Kakak aku kata ada. Kalau takada tu aku tunggu next year punya intake lahh. Takapalah memasing lelaju nak pi belajar, haa pi lahh. Aku buatlah kerja apape nanti. Rasanya before bulan puasa nak cari kerja area bukit bintang. Nanti raya takdelah sesak sangat nak pakai duit kan. Kaya sikit boleh menunjuk kat kengkawan (hehe) 


Dua hari ni juga aku kurang sihat. Mungkin sebab keadaan Malaysia yang makin panas ni. Lama tak dengar bunyi guruh, lama tak dengar air hujan kena kat tingkap bilik aku. Rindu. Panas. Aku demam. (isk isk isk) Aku rasa dah minum banyak air masak tapi tetap juga rasa kekeringan yang teramat. Badan ni panas gila, pening tu takyah ceritalah rasa macam nak hentak kepala kat dinding pun ada (cehhhhhhhhh!) Hari ni baru kurang sikit sebabtu berlegar-legar kat laman blog ni. 


Aku nak cerita pasal makanan. Semua jenis makanan macam seri muka ke, udang masak merah ke, kerabu mangga ke. Uihhh terliur pula. Memandangkan aku memang sangat teruja bab makanan ni, apa yang family aku buat aku makan. Sebabtulah agaknya badan aku berisi. Semua makanan nak telan sampai tak ingat dunia kan. Bab makanan memang aku susah sikit nak berhenti KECUALI bila aku dah kenyang gila sampai tekan perut guna jari telunjuk, rasa keras. Yeah teruk sikit perangai aku ni. Susah nak berhenti, nafsu makan membuak.


Memandangkan aku ni bukan tergolong dalam golongan keluarga yang kaya dan berada, aku mampu beli tapi aku rasa macam membazir beli makanan yang mahal semata untuk perut sendiri. Atok aku kata tak baik berkira dalam soal makanan tapi.... Kalau dah takada duit lepas beli makanan tu cemana pulaa? :( Kalau atok aku beli makanan yang mahal macam anggur takada biji tu around rm20++ mesti aku membebel macam mak enon membazir ke apa. Lepas aku dah berhenti bebel tu atok pula sambung bebel cakap aku ni berkira sangat ke apa. Alaaaaaaaaaaa bukannya berkira sebenarnya, aku rasa bukan ke kita patut bersederhana dalam semua benda termasuk makanan. "Bukan beli selalu... Sekali sekala kan. Kamu jangan mengada eh..." - Atok -.-' Aku pula yang mengada. Uishhhh. Sekarang aku nak bagitahu makanan yang aku belum pernah makan. So let see if korang dah makan, komenlah macam mana rasa dia okayy :)


1. Macaroons



sumber; google

Kawan aku semua dah pernah rasa macaroons ni dan aku rasa aku sorang je manusia dalam dunia ni belum rasa. Sadis gilaa -.- Bila memasing cerita pasal makanan ni aku diam macam orang bisu pun ada. Tak tahu nak describe macam mana rasa and tekstur dia bila makan. Haritu terjumpa macaroons kat Delifrance tapi tak beli pun, banyak kali terserempak pun aku hanya mampu pandang dari jauh sebab seketui kecik tu RM3++ Hmmmmmmm :(

2. Lasagna

sumber; google

Ini lagi satu, beberapa hari lepas kawan aku kata nak buat lasagna. Katanyalahhhhh, lepas dah jumpa meminum semua dia boleh kata leceh pula. Geramlah sikit sebab takpernah rasa. Aku pula kalau pergi secret recipe cuma beli kek je benda lain takada lah. Takpernah duduk kat cafe dia. Cuma beli kek dan makan dekat rumah lagi surga namanya (hehe) 


Dua je makanan omputeh yang aku tak pernah makan dan kempunan sangat. Tapi sebab sifat kedekut nak belikan untuk diri sendiri, aku senyap takut nanti kena bash dengan family sebab kedekut (ngehngehngeh) 




sumber; google

Aku pernah pergi langkawi dan waktu tengahari masa untuk lunch, makan dekat gerai tepi jalan. Kakak aku amik makanan pelik sikit. Orang sana kata nama dia kerabu beronok. Amboi, nama pun macam sedap. Family aku try makan dari pinggan kakak aku, sorang sikitlah takut tak habis pula. Sedap. Rasa macam siput sedut chewy chewy sikit.



sumber; google

 Lepastu terdetik dekat hati pula nak google tengok rupa sebenar dia. O men! Rasa macam nak terkeluar anak tekak aku. Tapi tak apalah, at least aku try makanan eksotik kat sana. Cuma... hehe tulah, geli sikit je... Mak kata kalau kerabu dia tak masak tapi taktahulah dengan gaya dia macamni lepas aku tengok belah atas tu macam dia rebus kejap tapi aku taktahulahh -.-' Apapun yang aku makan walaupun aku kata aku geli, hakikatnya aku dahpun makan. 

Betul orang kata, pergi negeri/negara lain luas pengalaman dan pengajaran.

xoxo,
pariparipeliks



Weird

Assalamualaikum

Hello semuanya! Aku rasa pelik betei la dengan diri sendiri. Tetibe je suka benda yang aku tak expect langsung boleh suka. Faham ke tidak? Dulu aku tak suka benda ni, lepastu sekarang aku suka. Suka dia bukan takat kicik punya hal. Ni dah macam ketagih pun ada. Kadang cuak jugak apehal dengan aku ni. Aneh-aneh je sekarang semenjak tak kerja ni. Bajet macam baru berhenti kerja je =.=' Terasa macam nak senaraikan pula apa yang peliknya dalam hidup aku sekarang. Eh, sabar jap ekk! 

1. Warna Pink

Dulu aku taksuka gila dengan warna ni. Sampaikan boleh rasa warna ni untuk manusia gedik je. Senget betul =.=' Bila ada manusia pakai kaler ni je aku jadi sakit mata. Tetibe alihkan pandangan ke tempat lain kekonon macam terjumpa ex-boypreng. Cehh, kenapa perlu ex-boypreng? Sebab menyampah okay. Sabar-sabar aku bukan nak cerita pasal dia sekarang. Watlek okay. Dulu ada sorang kawan, dia suka gila like really addict on pink. Bila pergi sekolah tak tahan betul semua benda nak pink. Daripada beg barbie dia sampailah ke pensel dan pemadam. What the heck? Sekarang ni dengan peliknya, tersuka pula dengan warna pink. Baru sedar yang pink tu really made me realize yang it's a girl color besides red. Pink more soft. Mungkin sebabtu aku rasa warna tu gedik kut. Soft kan macam dak dak pempuan yang lembik, manja, mengada yang macam euw euw pehal kau ni.. Haa, lastnya aku yang jadi sebahagian daripada pempuang gewditch itu. 

2. Korea

Ni lagi satu, sebenarnya dari dulu aku suka nau tengok cerita korea yang romantik/komedi. Tahap laka-laka dia entah hapape. Lagi lagi masa dia marah, engko perati dulu muka and cara dia cakap. Lepastu ko tengok subtittle dia kat bawah. Macam jauh beza langit dengan bumi gila kan? Haha, Dah lama aku tinggalkan cerita korea ni tapi haritu mak ajak tengok cerita filipina dekat tonton.com.my aku layan je sebab cite pasal dendam seorang isteri, Uishh mak ayah aku okay je takyah nak fikir benda bebukan lempang buntut ang sakgi. Lepahtu boleh ter-scroll pula kat bahagian tonton korea. banyak betul pilihan. Menggagau mata aku nak tengok yang mana satu dulu. Layan Flowers Boy Next Door. Lawak gila okay and kadang aku rasa macam nak jadi pempuan tu pulak sebab comel dan takada kawan. Kerja dia stalk crush dia sebelah rumah je. Gila tak best? Dahlah lelaki tu hensem. Alaa korea memanglah penuh dengan lelaki maskulin tapi aku suka lelaki yang macho. Pehh! Dahlah putih lepastu macho. Peh! Yang comel tu kurang sikek. Ada lagi cerita lain tapi saja nak fokuskan dekat cerita ni. (muehehe)

3. Masak

Kau rasa umur aku ni sepatutnya dah pandai memasak ke tidak? Ahhaa patutnyalah dah pandai kan? Tapi aku baru nak terkedek-kedek belajar masak. Belajar dari google lah sebab mak ayah aku kerja. Sibuk cari napkah le katekan. Dorang balik tinggal makan je lepastu bagi komen. Aku tukang masak je. Cep kecik la ni (ehhehe) Bukanlah aku nak kata aku lebihkan kepada pastri ke kuih ke apa tapi dah barang pun itu je ada, balun jelah daripada expired kan? Masak lauk tu bila ayah beli barang je. Mak dah tak masak sebab dah tahu anak dara dia ni teruja bila nak masak. Mula-mula biasalah ada yang masin, terlebih minyaklah, tembelanglah tapi family aku pun wat ghilek je aku pun sabau jelah belajar. Yang penting dorang makan bila aku buat something. Tadi aku buat kek marble pelangi. Mak kata sedap. Bangga sikit je sebab aku cari resipi dari google. Terima kasih puan google! :)

4. Hijab

Aku rasa aku dah pula berjinak untuk tutup aurah dengan lebih cantik cun peh peh lagi. Entahlah, mungkin dah sampai seru. (kau pehal nak seru seru bagai pakai baju tutup aurat pun nak seru, aku sepuk kang!) Muehehe aku jeles tengok orang tutup aurat ni. So sikit sikit aku tengah ubah my appearance untuk jadi yang lebih baik walaupun badan gua makin kembang. Niat aku untuk berubah ni bila aku tengok hakak-hakak comel macam Kakpaten, Kakanna, Kakmeen dengan Kakmaria berhijab. Cantik sebab mereka kurus dan aku? =.=' Walaupun dorang kurus sangat tapi aku rasa macam tak kisah. Takkan nak tutup aurat kena tunggu kurus en en en? Hekele slow slow lah baru nampak perubahan. Takut nanti laju sangat berubah, tapi niat dia sekejap and cepat bosan. Nauzubillah. Takut gue! 

Well, those four weird things that happens to me is the best things happened kot. 
Aku lebih selesa dan seronok dengan keadaan hidup aku sekarang! Alhamdulillah :)

xoxo,
pariparipeliks

School's Alert

Assalamualaikum 

Hai semua how's your day? Seronok kan dah habis cuti sekolah? Homework masing-masing kompom banyak, lagi-lagi dekat budak form3 dengan form5. Bukan nak kata apa la tapi dulu aku macamtu jugak. Packed gila dengan homework yang takpernah habis. Cikgu pula macam ada masa je nak check semua kerja yang dia bagi tu. Macam takada life pun ada tau sebab balik sekolah terus buat kerja rumah sebab takut kena marah atau denda dengan cikgu. Masa aku form3 aku pernah kena denda jalan itik keliling bangunan. Buruk benau perangai. Kadang bagi jawapan yang salah pun kena denda. Bagi seploh sen lah, kena sebatlah. Hmm! Tapi bagus juga. Masa sekolah je kita buat semua tu, lepas sekolah takada dah. Kau fikir siapa nak denda kau seploh sen kalau tak bagi jawapan yang betul? Jangan buat laka-laka dekat sinilah. (ehem!)

Well, siapa tak rindu dengan zaman sekolah kan? Macam-macam kau boleh gain daripada sana. Kat sana juga kau belajar macam mana nak hidup berdikari. Orang kata zaman sekolah ni zaman bawah ketiak parents sebab... Alah mentah lagi, hingus pun suruh mak yang lapkan. Balik sekolah pun suruh ayah yang ambil. Tapi aku bukan macamtu. Aku rasa aku ni bukanlah kurang kasih sayang, tapi dengan didikan ayah yang garang dan tegas tu buat aku jadi lebih indipendent. Aku malas nak susahkan mak bapa aku semata untuk kesenangan diri aku. Balik sekolah, aku jalan kaki. Even jauh macam mana pun, lama macam mana pun, kau sampai juga. Setakat 2km dari rumah ke sekolah tu kacang la beb. Bangga pulak dia. 

Dekat sekolah aku rasa macam aku ni pelik sebab ramai yang kata aku pelik. Kenapa? Aku pun tak tahu. Kadang aku cakap sikit pun dorang kata aku pelik. Tapi aku tak heran lah. Bukan aku kacau dorang. Yang penting aku hapy dengan hidup aku. Aku tak ramai kawan sebab aku budak pendiam tapi takdelah baik sangat. Pernah je aku kenakan musuh aku dulu. Sebab dia bajet lawa nyampah aku -.- (musuh tau, jangan memain!) Tapi sekarang dah baik. Yelah dah besar kan. Dah jadi anak dara kan. Kenalah jaga tatasusila dan tatatertib. Nanti takada siapa pula nak meminang. (hewhew!) 

Sekarang pun jarang aku nak communicate and hangout dengan budak sekolah sebab masing masing dah busy dengan kerja dan ada yang dah sambung belajar dahpun. Dunia ni adil. Aku sabar menunggu second intake. Yang lain tu ada yang masuk form6, ada yang sambung dekat MARA, ada yang sambung dekat kolej swasta. Mungkin dorang takut sebab tak dapat mana mana kot. Tak apa, aku pun tak nak gopoh. Rezeki masing masing kan. 

Yang penting aku tahu apa yang aku buat tak nyusahkan parents. 

xoxo,
pariparipeliks

Lovestruck

Assalamualaikum

Sehari update blog sampai dua tiga kali tau. Nampak sangat teruja jadi manusia yang tak dikenali ni. Ahaks! Bila jadi macamni aku rasa bebas untuk lontarkan apa sahaja ayat yang aku inginkan tanpa rasa segan atau takut. Sebab tak ada siapa yang mengenali diri ini. Aku rasa aku lebih selesa bersendirian tanpa teman yang rapat daripada bercampur. Aku tak pandai berkata-kata. Aku kurang keyakinan bila bercakap dengan manusia. Lagi-lagi strangers yang tiba-tiba datang dalam hidup kau. Rasa seram pun ada kan? 

  
sumber; tumblr

Topik aku sekarang macam geli pun ada, macam tak nak cerita pun ada. Sebab semuanya berkaitan dengan hati. Kalau dah berkaitan dengan hati mestilah pasal cinta. Tak kisahlah cinta pada kekasih, sahabat, keluarga dan sesama manusia. Mak cakap cinta pada Tuhan dan Rasul itu lebih utama. Kerana kalau lupa, hancurlah diri kita. Ya, aku setuju dengan apa yang mak kata. Setiap agama punya hukum syarak yang kita kena patuh agar lebih terbimbing sifat kita. Dalam soal cinta, kita kenalah kasihi pada yang Satu dulu. Kemudian baru bercinta sesama manusia dengan perlindungan dan tata tertib agama. 


Cinta ini luas. Sesiapa pun boleh bercinta. Aku pun pernah bercinta. Cinta itu manis dan seronok. Terlalu seronok kalau kita betul-betul dijalan yang lurus. Aku pernah kecundang kerana cinta. Aku pernah menangis. Tapi.... Apedehal? Cinta pada Allah lebih menenangkan daripada cinta pada manusia. Tak apa, aku tak kecewa kerana dia tolak aku. Aku bersyukur kerana aku tahu Dia akan beri yang terbaik untukku. Walaupun jauh dari sudut hati ini, perasaan rindu menyelubungi diri. Aku tak kisah. Aku kuat bila keluarga dan teman selalu bersama aku. 


Mungkin aku tak sesempurna yang dia ingin tapi aku tahu, jodoh pasti bertemu. Kalau dah ditakdirkan aku dengan dia di luh mahfuz, aku redha. Dulu aku begitu ketagih untuk bersamanya. Takut untuk jadi perempuan kesorangan. Lifeless. Aku sedar aku cuma bermain dengan bayangan aku sendiri. Kalau aku kuat, aku tak fikir semua tu. Aku tak teruskan melayan lelaki yang tak pernah menghargai aku. Buat apa menagih simpati pada orang yang tak perlukan kita? Menangis, sedih, kecewa atau perkara negatif yang sepatutnya seorang perempuan lakukan bila berpisah dengan kekasih jadi lain pada aku. Ke aku yang pelik? Ah entahlah. Aku cuma mahu ucap tahniah dan selamat berjaya pada kau. Tahniah krn mampu melepaskan wanita yang kau sayang kerana ego. Selamat berjaya di menara gading, moga kau dilimpahi rezeki yang mencurah. 



sumber; tumblr

Cinta pada keluarga? Aku seronok bila bersama mereka. Walaupun kadang menyakitkan hati. Mana ada manusia sempurna. Aku abaikan saja apa yang jadi. Biar dan terus hanyutkan semua itu untuk mengelakkan pergaduhan. Perselisihan faham. Aku benci semua itu. Detik indah yang selalu aku dan mereka lalui sangat bermakna untuk aku. Keluarga itu tempat untuk aku berkongsi pengalaman hidup, suka dan duka. Teruk manapun sifat dan sikapku pada mereka, aku tahu mereka tetap menerimaku apa adanya. Terima kasih.

sumber;tumblr

Rakan pula? Aku tak ada idea bila ku sebut tentang mereka. Jiwa yang mereka berikan pada aku buat aku rasa selamat untuk berkongsi momen rahsia. Girl's secretlah kunun..... Kadang nasihat dari keluarga dan rakan beri kita semangat baru untuk teruskan perjalanan hidup. Berkongsi minat dan lakukan perkara yang sama. Sangat menyeronokkan. Terima kasih. Aku seronok bersama mereka. Yang penting aku gembira dan bersyukur dengan kurniaan rezeki yang Tuhan beri.

Cinta pada manusia itu sementara. Cinta pada Tuhan itu kekal abadi. 



xoxo, 
pariparipeliks

Dad's Birthday

Assalamualaikum

Selamat Hari Bapa kepada seluruh ayah di dunia!  

Terutama pada ayah aku yang sangat berjuang untuk beri kelengkapan yang rapi dalam diri aku dan keluarga. Aku kurang faham pada sesetengah remaja atau manusia yang membenci apa yang bapa mereka tetapkan. Bagi aku, aku punya bapa yang hebat. Dia tetap sabar dan kuat untuk menunggu sesuatu yang dia inginkan walaupun jelas tampak dimukanya wajah kecewa. Aku tahu rasa dan apa yang ayah fikirkan.

Dulu, aku pernah menangis kerana inginkan jaket biru yang agak mahal. Tapi ayah sanggup belikan walaupun masa tu kami sekeluarga kekurangan wang. Aku tahu semua tu tetapi disebabkan nafsu, semua tu aku lupa. Lepas beli, menyesal kerana aku jarang sekali pakai. Menyesal kerana membazir dan menyusahkan ayahku. 

Ayah bukan lelaki yang lupa pada tanggungjawabnya. Walaupun kadang gaji yang dia terima tidak mencukupi untuk menanggung aku sekeluarga, tapi dia tetap gigih untuk mencari wang untuk beri kepuasan dalam diri kami. Dan aku, terlalu bersyukur kerana diberi seorang bapa yang cekal dan tabah untuk menjaga kami sekeluarga. 

Jujur aku pernah rasa rimas dengan kongkongan yang diberi, namun aku sedar bukan cuma aku yang sering dia risaukan. Dia risau bila aku dan yang lain melakukan perkara yang merosakkan diri kami kerana dia lebih tahu pengalaman pahit manis di dunia. Dia takut bila kami bergaul dengan orang sembarangan kerana dia pernah tertipu dengan manusia hati busuk. Bila demam, ayah urut kaki kami dengan minyak masak dicampur dengan bawang. Katanya boleh mengurangkan panas di badan. Bawa kami sekeluarga ke carrefour dan jaya jusco tiap hari minggu walaupun tidak beli apapun. Cuma sekadar mengambil angin dan menyantai. Aku rindu waktu itu. 

Terima kasih ayah, kerana menyedarkan aku betapa hidup ini penuh dengan cabaran yang tidak diduga. Terima kasih beri aku kekuatan masa aku jatuh tersungkur di tengah jalan. Terima kasih bimbing aku ke arah yang lebih sempurna. Hanya Tuhan dapat membalas jasa dan pengorbananmu kerana menjaga kami selama ini. 

Ayah, lelaki yang tidak pernah mengalah dan kalah dalam menjaga makan pakai kami sekeluarga.

xoxo,
pariparipeliks

Lifecrack!

Assalamualaikum

Hello bloggers! This is my second entry for the second blog. Well it's my first attraction about life. Masing masing ada kelebihan untuk teruskan hidup dengan cara sendiri. Takada penghalang. Takada kongkongan (melainkan kau bawah umur atau some parents taksuka tengok anak dorang bersepah) Seronok kan hidup tanpa sekatan? Kau nak buat apa yang kau suka pun boleh asalkan tak melebih daripada hukum syarak. Tak kisahlah kau agama apapun, tiap agama mesti ada garis panduan sendiri kan.  Tak ada agama yang suka penganut dia buat benda yang buruk dan buang masa. 

Hidup yang kau lalui itu cuma sementara. Walaupun kau tahu, ada pasang surut alam yang kau kena jalani. Sepahit pahit masa yang kau fikir boleh lari itu adalah sebaik-baik dugaan yang Tuhan beri agar kau tak terpesong. Kadang Tuhan beri ujian untuk lihat cara kau atasi masalah itu sendirian. Atau... Kau cuma biar dan terus biar hinggakan perkara itu senyap dari bibir manusia. Hidup bukan untuk terima kesukaran kehidupan saja, hidup perlu ada wawasan dan kecekalan yang kuat untuk kau tangkis segala perkara negatif yang manusia lemparkan pada kau. 

Dari cebisan-cebisan dugaan yang kau lalui, pasti ada terselit rasa bahagia dan syukur. Alhamdulillah. Walaupun kau diberi dugaan yang sakit, kau masih boleh berdiri tanpa pertolongan daripada orang lain. Kau masih mampu tersenyum kerana Dia beri kau kelebihan untuk bahagia walau sekejap. Momen-momen indah yang patut kau simpan harusnya menjadi kekuatan saat masa menjadi sukar. Kadang aku sendiri tak kuat hadapi segala masalah dunia. Tapi aku cuma tahan walau sakit. Aku cuma kuat demi masa depan yang aku harus lalui sorang. Dunia ini adil jika kau bersyukur. Dunia ini mudah jika kau tidak menyusahkan sesuatu yang sudah tertakdir untuk kau. 

Kau harus sabar agar diri tidak ditindas oleh manusia lain.

xoxo,
pariparipeliks

Introduction

Assalamualaikum

Hello there! I had an old blog which is really packed with some activities and event that I'd go. So I decided to make another blog about my life style and full of variety of food and place. I am just a girl which is waiting for her new opportunity in further study. It's kind a hard things I need to do cause I don't even have a job. Oh Allah! Only Him knows how I really need a vacancy right now. At least I can manage my time and money properly. But then I'm just sitting here and do nothing. Oh kind of boring. Now I'm just a chef for my dad. Even I'm not good in that course but my dad always support me. Yeah even though sometimes the cake wasn't bake well. 

So enjoy your reading! Thank you! :)


xoxo,
pariparipeliks
Full Editing by Nadyya Shafiqa. ©Copyright Reserved Pariparipeliks.